suria

Cik Manggis sanggup labur untuk sukan pickleball, siap upah jurulatih peribadi… Enam kali bergelar juara

Cik Manggis sanggup melabur besar dalam sukan pickleball.

LEBIH setahun menceburi sukan pickleball, ahli kumpulan De Fam iaitu Cik Manggis tidak menyangka minat yang bermula sekadar hobi itu kini berkembang menjadi satu pelaburan berbaloi.

Cik Manggis atau nama sebenarnya Nurshazwani Shamsuddin, 36, berkata dia mula berjinak-jinak dalam sukan tersebut sejak Oktober tahun lalu dan sanggup melabur besar demi meningkatkan prestasi.

“Saya mula main pickleball sejak Oktober lalu dan siap ambil jurulatih peribadi.

Cik Manggis sudah lebih setahun aktif bermain pickleball.

“Daripada zaman sekolah lagi saya memang aktif bersukan, jadi memang tak boleh duduk diam.

“Tambahan pula, bila bersukan, ia sangat membantu daripada segi kesihatan dan kecergasan badan,” katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut, penyanyi itu mengakui dia banyak mengeluarkan belanja termasuk mengupah jurulatih peribadi bagi memastikan dirinya benar-benar serius dalam arena pickleball.

ARTIKEL BERKAITAN: Berhijab bukan halangan Cik Manggis terus menari bersama De Fam - “Apa orang nak fikir, fikir la... saya tak kisah” 

ARTIKEL BERKAITAN: Cik Manggis reda hilang tawaran berlakon drama selepas bertudung - “Hijrah ini buat saya betul-betul tenang”

Namun, jelasnya, semua pengorbanan itu dianggap sebagai satu pelaburan jangka panjang yang berbaloi memandangkan sukan tersebut kini semakin popular dan menawarkan hadiah kemenangan yang lumayan.

“Saya memang habiskan duit yang agak banyak untuk sukan ini. Nak upah jurulatih bukan murah.

“Tapi bagi saya ia satu pelaburan yang berbaloi sebab sekarang banyak pertandingan pickleball dianjurkan dan hadiah ditawarkan pun tinggi.

Cik Manggis ketika di acara Selkirk Fans Social Tournament.

“Setakat ini, saya sudah menang tempat pertama sebanyak enam kali untuk tahun ini,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, baru-baru ini Cik Manggis diundang ke acara Selkirk Fans Social Tournament yang menyaksikan pelancaran paddle Selkirk Boomstik Raw Carbon Asia Edition.

Selain Cik Manggis, acara itu turut dimeriahkan dengan kehadiran suaminya, Duta Syazmin, serta pempengaruh selebriti seperti Josiah dan pengacara Weena Marcus.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain