suria

Tapak berniaga dijual semula, Havoc Festival ‘blacklist’ artis veteran

Firdaus (kanan) dan Faizal bengang dengan tindakan artis veteran.

KECEWA dengan tindakan segelintir artis veteran yang sanggup menjual semula tapak niaga membuatkan pihak penganjur Havoc Food Festival serik membuka pulang kepada golongan itu. 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Havoc Festival, Datuk Firdaus Nadxaman,  pihaknya kini lebih berhati-hati dalam memilih selebriti yang benar-benar ingin mengubah nasib hidup dengan berniaga. 

Firdaus (kanan) dan Faizul tegas dengan keputusan yang dilakukan.

"Kami pernah memberi peluang kepada artis veteran di Havoc Food Festival, tapi apa yang berlaku tapak dijual kepada orang lain.

"Perkara ini banyak kali terjadi hingga membuatkan kami ambil keputusan cukuplah sampai sini kerjasama dengan pihak yang tidak bertanggungjawab itu," katanya.

Dalam masa sama, Ketua Pegawai Operasi (COO) Havoc Festival, Faizul Mohd Yusof turut meluahkan rasa kecewa apabila promosi yang dijanjikan tidak ditunaikan. 

Disebabkan itu, pihaknya kini hanya memberi fokus kepada rakan kolaborasi yang sentiasa komited untuk bergerak bersama.

ARTIKEL BERKAITAN:  Penganjur ‘Havoc Festival’ rugi RM120,000, minta maaf kepada penduduk janji tak masuk Setapak lagi

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu meriah, sekarang sendu… Ramai perasan ‘food festival’ makin ‘mati’, kaitkan harga makanan tak masuk akal jadi punca

"Ada yang janji nak datang bagi promosi, tapi tiada. Jadi lebih baik kami beri peluang kepada artis-artis yang ada produk sendiri.

"Mereka yang boleh turun padang dan mempunyai usaha untuk berniaga," katanya.

Selangor Havoc Raya Fest 2.0 2026 turut dirasmikan Exco Belia, Sukan dan Keusahawan Negeri Selangor, Mohd Najwan Halimi.

Walaupun berdepan dengan pelbagai ujian, namun Havoc Event tetap meneruskan karnival jualan termasuk Selangor Havoc Raya Fest 2.0 2026 yang akan berlangsung selama 96 jam tanpa henti.

Acara tersebut bakal bermula pada 12 hingga 16 Mac 2026 bertempat di Hall 1 dan 2, Setia City Convention Centre (SCCC) yang bertemakan Havoc Raya di Kampung.

Antara tarikan utama yang bakal menanti pengunjung termasuk kehadiran kira-kira 200 vendor yang akan menawarkan pelbagai keperluan persiapan Raya serta bazar berbuka puasa.

Lebih meriah, acara itu turut dimeriahkan dengan penglibatan pelawak Fad Bocey, Sharif Zero dan Danial Zaini selaku pengacara utama. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain