SELEPAS sah bercerai, timbul dakwaan kononnya isu nafkah menjadi punca pelakon Acha Septriasa memilih untuk berpisah dengan bekas suaminya.
Tambil menjawab perkara tersebut, Acha memberitahu khabar angin bahawa Vicky Kharisma culas dalam menjalankan tanggungjawab tersebut adalah tidak benar.
Malah dia turut menolak dakwaan bahawa Vikcy hanya memberi sekitar RM258 (Rp1 juta) setiap bukan adalah tidak benar.

Acha dan Vicky mempunyai seorang cahaya mata.
"Saya ingin jelaskan nafkah Rp1 juta selama menikah ini tidak benar," katanya memetik Detik. Hot.
Tambah pelakon ini kisah tidak benar yan tersebar juga memberi kesan terhadap hubungan baik dia bersama Vicky selepas bercerai.
Jelasnya, dia dan Vicky sepakat ingin membesarkan anak mereka bersama walaupun sudah berpisah.
"Kami sedang membina semula kehidupan kami bersama-sama.
ARTIKEL BERKAITAN: Peminat tak restu Acha Septriasa, Baim Wong bercinta
ARTIKEL BERKAITAN: Acha Septriasa sah cerai sejak Mei
"Berita palsu seperti ini menggagalkan matlamat kami untuk membesarkan anak-anak dengan selesa," ujarnya.
Untuk rekod, Acha mendirikan rumah tangga dengan Vicky pada 11 Disember 2016.
Namun perkahwinan mereka berakhir apabila Acha memfailkan tuntutan pada 13 Disember 2024 dan sah bercerai pada 19 Mei lalu.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Bridgia Kalina Kharisma yang kini berusia 8 tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


