PELAKON Davina Karamoy didakwa sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pemuzik dan aktor Ardhito Pramono.Gosip berkenaan mula tersebar selepas seorang pengguna akaun Threads dikenali @ntme099 memuat naik sekeping gambar mesra dipercayai Ardhito dan Davina dalam sebuah acara.Foto mesra didakwa Davina dan Ardhito. Walaupun wajah kedua-duanya ditutup, namun pakaian wanita itu jelas sama seperti gaya Davina, manakala lelaki berkenaan memakai kemeja serupa seperti yang digayakan Ardhito ketika membuat persembahan baru-baru ini.Walaupun belum ada pengesahan setakat ini, namun ramai netizen tidak mempersoalkan hubungan mereka memandangkan Ardhito berstatus duda selain sering dikaitkan dengan gosip cinta.ARTIKEL BERKAITAN: Berang dituduh ‘penyondol’, Davina Karamoy sedia ambil tindakan undang-undang... Video bersama bekas menteri jadi bualanARTIKEL BERKAITAN: Rezeki Davina Karamoy semakin bertambah selepas bawa watak ‘pelakor’Untuk rekod, Ardhito pernah mendirikan rumah tangga dengan Jeanneta Sanfadelia pada 2019 sebelum sah bercerai pada November 2023. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Asmara Pramono.Sebelum ini, Davina turut pernah dikaitkan dengan bekas Menteri Pemuda dan Sukan Indonesia, Dito Ariotedjo, yang telah berpisah dengan isterinya, Niena Kirana.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!