Keadaan ekonomi semasa menyebabkan ramai mencari 'jalan pintas' untuk mendapatkan wang. -Gambar hiasan
KEADAAN ekonomi yang tidak stabil pada masa kini mengakibatkan ramai yang sanggup melakukan apa sahaja pekerjaan demi kelangsungan hidup.Ketika ramai individu berusaha mencari pekerjaan, wujud pihak tak bertanggungjawab yang cuba memperdaya mereka dengan janji-janji manis menerusi iklan tawaran pekerjaan. Mereka mengumpan golongan yang terdesak untuk bekerja dengan menjanjikan caruman, bonus serta peluang bekerja lebih masa, bekerja dari rumah dan sebagainya yang mampu membuatkan ramai berminat.Wanita perlu berhati-hati dalam mencari pekerjaan bagi mengelak menjadi mangsa sindiket. -Gambar hiasanSeorang pengguna Thread tampil berkongsi kisah mengenai dirinya yang hampir terpedaya dengan tawaran iklan dalam talian, menawarkan pekerjaan sebagai 'hos siaran langsung'.Pada awalnya, dia menyatakan tentang minatnya terhadap mod bekerja dari rumah seperti yang diiklankan.ARTIKEL BERKAITAN: Depan isteri jadi suami ‘soleh’, keluar rumah rancak buka ‘dating apps’ cari perempuan... Paling sedih kantoi mesej langgan pelacur!ARTIKEL BERKAITAN: Hilang ‘selera’ tengok perut buncit isteri hamil, suami pilih langgan pelacur!Bagaimanapun, dia berasa curiga sebaik sahaja melihat kriteria pengambilan."Sewaktu proses temuduga menerusi platform Telegram, majikan menyuruh saya untuk memperkenalkan diri menggunakan mesej suara, seolah-olah ingin 'menilai' suara saya."Patutlah terbuka untuk perempuan sahaja, rupa-rupanya skop kerja adalah melayan pelanggan serta pura-pura bercinta melalui teks dan panggilan."Dia nak kita bermanja dengan pelanggan. Sangat tidak masuk akal!” katanya yang terkejut mengetahui tentang perkara ini. Memang kerja gila, ibarat memperdaya golongan lelaki.NETIZENDi ruangan komen, ada netizen turut mendakwa dirinya pernah terjebak dengan situasi serupa di satu aplikasi janji temu."Pelanggan perlu menambah nilai sekiranya ingin memulakan perbualan. Hanya pengguna android sahaja yang dapat mengakses."Sempat bertahan dua hari je, selepas itu saya berhenti. Memang kerja gila, ibarat memperdaya golongan lelaki."Hampir terkena jugalah. Mula-mula tu ingat chat secara 'live' seperti biasa, tetapi setelah ditanya soalan sensitif seperti status perkahwinan dan kebenaran suami untuk 'melayan' lelaki secara rawak."Saya terus buat keputusan untuk 'angkat kaki' sebab nak cari rezeki halal untuk anak saya makan,” demikian antara pengakuan netizen.Reaksi netizenPosting berkenaan mengundang pelbagai reaksi, dengan rata-rata menzahirkan kebimbangan khususnya terhadap golongan yang betul-betul terdesak.Perkongsiannya ini dipuji kerana mampu memberi kesedaran dan menyelamatkan lebih ramai wanita daripada menjadi sasaran pihak terbabit.