BARU melangkah ke alam perkahwinan, namun kebahagiaan seorang lelaki tercalar gara-gara penampilan isterinya menjadi sasaran kecaman orang sekeliling.
Menurut cerita lelaki itu, ramai mempertikaikan keputusannya menikahi wanita yang tidak memenuhi tuntutan agama iaitu bertudung.
Apa yang lebih menyedihkan, lelaki itu turut dihina dan dilabel sebagai dayus hanya kerana memilih untuk menikahi wanita yang dikatakan ‘tidak cukup muslimah’ di mata orang lain.

Dugaan selepas berkahwin adalah berbeza untuk pasangan suami isteri. -Gambar hiasan
"Saya baru saja nikah dengan dia, tapi mulut jahat kawan-kawan cakap kalau isteri free hair ni mesti dah tak ada dara. Tapi ada je dara, terjaga.
"Mungkin (penampilan) dia seksi sikit. Tapi hakikatnya ramai juga perempuan yang bertudung litup tapi dah 'rosak' sebelum nikah," ujarnya dalam satu luahan yang tular di media sosial.
Tambah lelaki itu, bukan sahaja kawan-kawan yang memandang serong bahkan ibunya sendiri kerana impian untuk menerima menantu bertudung tidak kesampaian.
ARTIKEL BERKAITAN: Mimpi isteri curang, suami terbawa-bawa sampai alam nyata! Semua perkara nak kaitkan dengan ‘lelaki lain’
ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh dayus biar isteri berselingkuh dengan ‘abang wiring’, bekas suami buka mulut... Cerai lepas 6 bulan kahwin, banyak kali kantoi!
"Mak pun terasa hati dengan saya sebab dia mengimpikan menantu muslimah.
"Tapi saya ada nyatakan bahawasanya baik atau jahat seseorang tu terletak di hati, Bukan penampilan. Susah betul nak betulkan pemikiran orang ni," katanya lagi.
Perkongsiannya mendapat reaksi hangat dalam kalangan netizen yang rata-ratanya bersimpati dan menyokong pendiriannya.
Rata-rata netizen menyifatkan tindakan lelaki itu sebagai matang dan tidak salah untuk memberi ruang kepada pasangan untuk berubah tanpa paksaan atau tekanan.
Sentiasa berdoa, lama-lama okey la tu… insya-Allah dia pakai tudung.
NETIZEN
"Awak abaikan je pandangan orang. Fokus pada awak dan isteri je. Orang memang akan bercakap. Tu tak boleh nak hentikan.
"Dah kahwin tak apa. Teruskan je dan sentiasa berdoa. Lama-lama okey la tu, insya-Allah dia pakai tudung. Takkan selamanya dia nak free hair. Awal-awal je ni.
"Jangan dengar sangat cakap orang. Banyak berdoa isteri akan berubah. Ikut orang semua tak betul. Padahal mereka pun tak baik mana," komen beberapa netizen.

Komen netizen di media sosial.
Dalam pada itu ada juga warga maya mencadangkan lelaki ini supaya menegur isterinya supaya berubah untuk menjadi seorang muslim yang lebih baik.
"Tapi dia tak tutup aurat depan Allah... awak cakap la macam mana pun, tetap berdosa.
"Pakaian menutup aurat tu melambangkan muslimah. Dosa suami akan mengalir kalau tak nasihatkan.
"Tapi kalau dah dinasihatkan, maka itu dosa isteri, komen beberapa netizen.


