suria

Wanita naik meluat tengok gelagat ibu melenting di pusat kesihatan… Marah jururawat salah sebut nama anak unik dan pelik

Nama yang terlalu unik menyukarkan untuk dipanggil dengan betul di tempat awam. -Gambar hiasan

MEMILIH nama unik untuk anak bukan satu kesalahan, tetapi ibu bapa juga perlu faham bahawa tidak semua orang boleh menyebutnya dengan tepat.

Kadangkala ejaan terlalu moden dan tidak mencerminkan sebutan sebenar menyebabkan orang lain yang tidak biasa menjadi keliru.

Dalam satu hantaran dibuat di Threads, seorang wanita meluahkan rasa kurang senang dengan sikap individu yang naik angin apabila petugas kesihatan tersalah sebut nama anaknya.

Golongan ibu dianggap menggunakan nama terlalu moden untuk anak-anak. -Gambar hiasan

"Menjengkelkan juga mak-mak yang eja nama anak terlalu moden... lepas tu orang salah sebut kau marah pula.

"Kalau misi (jururawat) dekat klinik kesihatan atau hospital salah sebut kau pejam mata je la. Semua misi bukan Gez Z," katanya dalam hantaran berkenaan.

Menceritakan situasinya sendiri, wanita itu berkata dia juga kerap berdepan situasi di mana jururawat pusat kesihatan tersalah menyebut namanya dengan sebutan sebenar.

ARTIKEL BERKAITAN: “Annoying pula rasa” - Wanita anggap nama anaknya dah tak ‘special’, orang terdekat diam-diam ‘ciplak’

ARTIKEL BERKAITAN: Kakak teringin letak nama anak ala mat salih, mak ayah bangkang - “Laki bini muka Melayu Jawa”

Bagaimanapun ujarnya, petugas kesihatan lazimnya akan minta maaf dengan sopan jika ia berlaku.

Justeru dia berpendapat sikap bertolak ansur dan sabar dapat mengelak berlakunya sebarang pertelagahan disebabkan hal kecil.

Menjengkelkan juga mak-mak yang eja nama anak terlalu moden... lepas tu orang salah sebut kau marah pula.

PENGADU

"Nama saya pun misi tak reti sebut tapi kita bangun je la daripada tunggu dia terkumat-kamit dekat situ.

"Misi pun okey je cakap minta maaf tak reti sebut nama, siap tanya macam mana nak sebut dengan betul. Benda boleh ajar nak juga merentan," katanya.

Tambah pengadu tidak salah mahukan nama anak yang berbeza dan unik namun ibu bapa perlu bersedia jika orang luar melakukan kesilapan kecil daripada segi sebutannya.

Komen netizen pada hantaran asal.

"Tolong la jangan ikut kepala angin kau je. Sebelum nak marah kena tengok la nurse yang sebut tu dah berumur ke, pakai kaca mata ke.

"Ejaannya pun... ada yang silent Y la T la. Nurse pula orang lama memang sebutnya pun lidah Melayu la.

"Mungkin kalau risau terbelit lidah sangat memang panggil anak dengan nama mak je," jelasnya.

Artikel Lain