suria

Tak sudah-sudah kampung dia! Wanita penat layan suami tak adil, giliran raya haji pun dirampas - “Penting sangat ke saudara dia?”

Isu penggiliran pulang beraya sering menjadi perbalahan antara suami dan isteri. -Gambar hiasan

HARI raya merupakan peluang terbaik untuk adik-beradik dan sanak saudara berhimpun setelah sekian lama tidak bersua.

Bagi pasangan suami isteri, pastinya sistem giliran untuk pulang berapa ke kampung masing-masing digunakan bagi mengelakkan pergaduhan kecil di pagi raya.

Bagi seorang wanita, dia begitu gembira apabila Hari Raya Aidiladha kali ini bakal disambut bersama ibu dan ayahnya berdasarkan sistem penggiliran yang sudah dipersetujui dengan suami.

Rumah pastinya riuh apabila dikunjungi sanak saudara semasa musim perayaan. -Gambar hiasan

https://apicms.mstar.com.my/uploads/images/2025/06/07/3354641.jpg

"Tahun ni, raya haji sebelah keluarga aku tapi suami minta balik kampung dia sekejap masa hari raya pertama sebab ada kenduri.

"Aku okey je sebab kampung kami pun dekat," katanya memulakan bicara.

Namun dia yang pada awalnya bersetuju dengan permintaan suami bagaimanapun terkedu apabila diminta untuk pulang ke rumah mentuanya lagi pada hari raya kedua.

Lebih menyedihkan apabila suaminya memberi alasan saudara-maranya berkumpul dan ingin bertemu dengannya.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Turn’ beraya di kampung sendiri ‘lebur’, suami enggan tanggung kos perjalanan... Isteri akur balik rumah mentua lagi

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita rasa bersalah asyik beraya di kampung sendiri! Suami, famili mentua tak pernah kisah sistem giliran... Orang luar kata ‘selfish’

"Tiba-tiba dia cakap raya kedua nak kena balik kampung dia pagi-pagi sebab tengah ramai saudara-mara.

"Masa ni aku dah mula terasa hati, penting sangat ke saudara mara dia tu?

"Dah macam giliran raya belah dia pula," rungutnya lagi.

Kalau saya, saya dah ugut sebab lebih pentingkan keluarga dia je.

WARGA MAYA

Menurut wanita ini, situasi tersebut sering berlaku apabila tiba giliran beraya di rumah keluarganya.

Terasa seperti dipinggirkan, dia mula mempertikaikan tentang haknya di mata suami.

"Takkan setiap kali saudara-mara dia ada, kami pun kena ada kat sana?

"Kadang-kadang nak tahu juga... penting sangat ke saudara-mara dia.

Warga turut memberi reaksi berhubung masalah dialami.

Warga turut memberi reaksi berhubung masalah dialami.

"Raya dia lebih bermakna kalau ada saudara-mara berbanding dengan aku ke?" ajunya sedih.

Luahannya itu mendapat perhatian warga maya.

Ramai yang memintannya supaya bertegas dan tidak menurut kata-kata suami kerana penggiliran sudah ditetapkan.

"Jangan bagi muka sis, nanti tahun-tahun kedepan dia buat lagi, Apa salahnya bergilir.

"Sebenarnya rumah dekat pun masalah juga, aku setiap tahun hadap perkara macam ni.

"Kalau saya, saya dah ugut sebab lebih pentingkan keluarga dia je.

"Balik rumah keluarga masing-masing, kata rumah dekat-dekat," demikian reaksi warga maya.

Artikel Lain