suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak sempat dijadikan korban, lembu mati kena renjatan - “Depa tambat dekat tiang elektrik”

Seekor lembu yang bakal dijadikan korban, mati akibat terkena renjatan elektrik. -FB Anak Perelih

BELUM sempat dijadikan korban, seekor lembu ditemukan tidak bernyawa dipercayai akibat terkena renjatan elektrik.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Anak Perelih, haiwan tersebut dilaporkan ditambat pada sebatang tiang elektrik sebelum upacara korban dilakukan.

"Jangan duk wat lagu (macam) ni na. Depa (mereka) tambat lembu dekat tiang elektrik. Short habis kena karan, tak dan (tak sempat) nak korban," demikian kapsyen pada perkongsian video berdurasi sekitar 30 saat itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Harga RM7,000 tapi kurus kering sampai nampak tulang pinggul... Ramai persoal, bimbang ibadah korban tak sempurna

Bagaimanapun, tiada sebarang maklumat lanjut dikongsikan mengenai lokasi serta waktu kejadian berkenaan.

Berdasarkan video berkenaan, kelihatan beberapa penduduk mengerumuni seekor lembu berwarna putih yang sedang tergelimpang dan tidak bernyawa, serta sebuah trak bomba turut berada di lokasi kejadian.

Di ruangan komen, rata-rata warga maya mengecam tindakan pihak yang disifatkan kejam dan tidak menjaga adab dengan ternakan korban. 

"Korban kena di tempat yang khas dan dipiawai. Setiap tahun raya haji kan. Daripada jadi ibadah dan jadi dosa.

"Tak dengar kata daripada orang berpengalaman, orang agama. Lepas tu buat pandai sendiri. Sia-sia je lembu tu.

"Kena panggil yang tambat lembu ni dan ganti rugi berapa harga lembu yang dah mati," demikian antara komen netizen. 

Artikel Lain