RAKAMAN video memaparkan tiga ekor lembu yang akan disembelih untuk ibadah korban mengundang pelbagai reaksi warga maya.
Ia berikutan kesemua lembu itu dilihat kurus kering sehingga jelas menampakkan tulang di bahagian pinggul dan belakang.
Malah pelayar TikTok dd_zmr dalam nada gurauan menyatakan lembu berkenaan seolah-olah mengambil barang terlarang kerana keadaan tubuh yang kurus seperti seorang penagih dadah.

Lembu dibeli pada harga RM7,000.
"Sapi (lembu) harga RM7,000 tapi macam main 'barang'. Ini sapi kalau di (periksa) urin, sangkut ni," ujarnya berseloroh.
Difahamkan, lembu itu dibeli untuk ibadah korban di Telipok Ria di Sabah.
Meskipun terhibur dengan kata-katanya, namun kebanyakan warga maya tampil dengan pandangan tersendiri.
ARTIKEL BERKAITAN: Lembu korban meronta, pisau sembelih terkena betis penyembelih
ARTIKEL BERKAITAN: Tiap-tiap tahun jadi! Jemaah qariah berebut daging korban, ‘torpedo’ selalu hilang... Penyembelih tegur hukum halal haram
Malah ada yang beranggapan lembu tersebut tidak sah untuk dibuat korban.
"Tak sah kalau hukum korban, sia-sia.
"Cari lembu yang sihat je, ni kategori lembu tak sihat, jadi tak boleh nak buat korban.
"Kalau dah nampak rangka macam tu, lembu tak sihat la," demikian reaksi warga maya.

Warga maya turut meninggalkan komen lucu.
Pertikaian sama ada lembu kurus boleh dibuat korban atau sebaliknya turut mendapat perhatian pendakwa bebas, Ustaz Azhar Idrus.
Jelas beliau, haiwan korban yang kurus dibahagikan kepada dua iaitu sah dan tidak sah.
Binatang korban ada empat kategori tubuh badannya yang mana afdal jika gemuk dan harus bagi saiz sedang.
Haiwan yang kurus pula makruh manakala haram bagi tubuh kurus kering.
"Kurus ni bermaksud nampak tulang sedikit pada bahagian dadanya, itu sah.
"Kurus kering ni tak ada isi, tulang je... kena angin motosikal pun tumbang," jelasnya.


