suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu dan ibu saudara budak maut jatuh tingkat 30 ditahan

Pengabaian kanak-kanak sehingga membawa maut boleh dikenakan hukuman. -Gambar hiasan

DUA wanita termasuk ibu kepada kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 30 sebuah pangsapuri di Bukit Jalil, Kuala Lumpur sudah ditahan polis pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan, berkata turut ditahan ialah ibu saudara mangsa.

Kedua-dua mereka direman sehingga Jumaat bagi membantu siasatan.

Aidil berkata, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian tragik itu.

"Punca kejadian dan bagaimana kanak-kanak itu terjatuh masih dalam siasatan lanjut polis.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak Kanak," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Kejadian menyayat hati itu berlaku di sebuah kediaman bertingkat di Jalan Jalil Impian 1, Bukit Jalil.

Menurut Aidil, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung kejadian itu pada pukul 11.17 pagi, Khamis.

Artikel Lain