suria

Ramai masih ragu penapis air punca bil elektrik mencanak... juruteknik beri hujah, ejen pula susah hati - “Penghuni tak ada, berhantukah rumahku?”

Netizen tidak berpuas hati dengan kenyataan yang mengaitkan kenaikan bil elektrik adalah disebabkan penggunaan penapis air.

SEKITAR pertengahan tahun lalu, isu kenaikan bil elektrik ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hangat diperkatakan lantaran rata-rata rakyat tidak berpuas dengan caj yang dikenakan.

Rungutan orang ramai itu berikutan mereka menerima bil elektrik tinggi menerusi pembacaan meter secara fizikal selepas ia dihentikan sementara susulan pelaksanaan PKP sejak 18 Mac.

Setelah reda seketika, bagaimanapun isu kenaikan bil elektrik kembali hangat diperkatakan di media sosial baru-baru ini dengan rata-rata netizen 'menyerang' Tenaga Nasional Berhad (TNB).

ARTIKEL BERKAITAN: Bil elektrik tinggi hingga timbul rungutan rakyat, KeTSA dan Suruhanjaya Tenaga minta TNB beri penjelasan

Ia susulan kenyataan Ketua Retail TNB Selangor, Ismail Lathifi Teh yang mengaitkan kenaikan bil dengan penggunaan perkakasan elektrik antaranya mesin penapis air.

Menurutnya, mesin penapis air yang mempunyai fungsi pemanas dan penyejuk dikenal pasti menjadi antara punca peningkatan bil elektrik terutamanya ketika cuaca panas yang sedang melanda negara.

Selain mesin penapis air, peralatan elektrik yang mempunyai fungsi yang sama juga seperti peti sejuk dan alat penyaman udara turut menggunakan tenaga elektrik yang banyak untuk mengekalkan suhu terutamanya ketika cuaca panas.



Penyaman udara juga merupakan antara barangan yang menggunakan tenaga elektrik yang banyak. -Gambar hiasan

Kenyataan berkenaan mengundang reaksi pelbagai daripada netizen, namun yang pasti rata-ratanya mempertikaikan 'fakta' berkenaan.

Menyoroti komen-komen di Facebook, ramai yang menyifatkan kenyataan berkenaan sebagai tidak masuk akal memandangkan bil elektrik tetap tinggi meskipun tidak menggunakan penapis air.

"Rumah tak ada mesin penapis, penghuni pun tak ada di rumah juga kerana out station. Yang ada cuma peti sejuk on 24 jam tapi bil macam ada dua, tiga penghuni lain yang guna barang elektrik... berhantukah rumahku?" komen seorang netizen.

Jangan cakap macam tu, tutup periuk nasi orang lain yang kerja dengan company penapis air ni.

NETIZEN

Sementara itu, seorang lagi netizen turut mempertikaikan kaitan kenaikan bil elektrik dengan mesin penapis air sambil menerangkan hujahnya berdasarkan pengalaman bekerja sebagai juruteknik penapis air selama berbelas tahun.

"Saya bekerja sebagai technician penapis air, berbagai jenis jenama saya baiki dah 15 tahun. Mustahil punca penapis air sebab main water yang datang suhunya normal.

"Compressor pula ada relay untuk cut kalau overload dan ada cold termostat untuk cut kalau cukup sejuk... melainkan air yang datang suhunya panas sebab paip luar rumah terdedah dengan matahari. Itu pun takkan selamanya panas, berapa saat saja ia kembali normal," katanya.

Selain itu, netizen juga beranggapan kenyataan sedemikian ibarat menutup periuk nasi ejen dan syarikat penapis air di negara ini.



Antara komen netizen yang meluahkan rasa geram dan kecewa dengan peningkatan bil elektrik di rumah masing-masing.

"Disebabkan kenyataan TNB nanti orang dah tak nak beli penapis air. Akibatnya ejen-ejen penapis air kurang mendapat sambutan, ini salah satu akan menyebabkan orang kehilangan kerja... tak ada pendapatan sampingan.

"Jangan cakap macam tu, tutup periuk nasi orang lain yang kerja dengan company penapis air ni. Kami pekerja syarikat penapis air susah nak explain dengan pelanggan padahal produk kami ada eco mode, tak ada la melonjak sangat bil.

"Kalaulah semua company penapis air dekat malaysia ni saman TNB... tak habis-habis nak bagi alasan kuno. Sendiri buat meter, sendiri naikkan harga, sendiri nak salahkan orang lain. Lucu," demikian antara komen netizen.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my atau whatsapp di https://wa.link/kb469p


Artikel Berkaitan

Artikel Lain