PELAKON dan pelawak Zizan Razak menerima banyak permohonan maaf daripada individu yang menggunakan fotonya sebagai bahan gurauan di media sosial selepas dia bertindak membuat teguran secara terbuka di akaun Threads miliknya.Zizan atau Mohd Razizan Abdul Razak, 42, berkata dia tidak berkecil hati jika gambarnya dijadikan bahan jenaka selagi tidak keterlaluan, namun terkilan apabila ada pihak mengambil kesempatan menggunakannya bagi tujuan promosi produk. "Ada yang mesej peribadi (DM) minta maaf. Yang sekadar buat lawak secara berpada-pada, saya okey saja. Kalau benda itu boleh buat rakyat Malaysia tersenyum, saya tak ada masalah.Teguran Zizan buat semua pihak yang menyunting fotonya."Cuma yang mengambil kesempatan itu saya rasa tak manis," katanya kepada mStar.Zizan berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media filem Terbang di Petaling Jaya, Selangor pada malam Rabu.Mengulas lanjut, Zizan menegaskan dia tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang sekiranya ada pihak masih menggunakan gambarnya tanpa kebenaran.ARTIKEL BERKAITAN: Zizan Razak tegur netizen jangan melampaui batas ‘guna‘ wajahnya tanpa kebenaranARTIKEL BERKAITAN: “Saya tidak akan sebar aib sesiapa,“ - Zizan Razak ulas trend dedah aib di media sosialMenurutnya, sejak foto suntinganya tular, beberapa jenama termasuk kenalannya sendiri memuat naik gambar tersebut bagi tujuan pemasaran tanpa mendapatkan keizinan terlebih dahulu."Kalau melampau, sudah tentu saya akan ambil tindakan. Ikut undang-undang memang saya boleh saman."Tapi saya rasa agak biadab kalau saman, jadi saya cuba hormat semua orang. Kalau saya fikir soal pampasan atau duit saman, memang boleh."Cuma ia akan merosakkan hubungan dan reputasi perniagaan mereka. Sebab itu saya pilih untuk keluarkan kenyataan supaya mereka faham sendiri," ujarnya. Sejujurnya saya seronok, saya gelak dan saya rasa sangat kelakar.ZIZAN RAZAKPELAKON/PELAWAKDalam pada itu, Zizan mengakui terhibur melihat kreativiti netizen menghasilkan pelbagai suntingan fotonya, namun dia berpendapat ada suntingan yang tidak sesuai dijadikan bahan gurauan.Katanya, dia kurang senang apabila terdapat suntingan yang memaparkan dirinya sebagai wanita atau karakter yang bertentangan dengan pegangan agama."Sejujurnya saya seronok, saya gelak dan saya rasa sangat kelakar. Memang kreatif. Tapi bila ada yang mula edit saya menjadi perempuan, saya rasa perkara itu ada batasnya.Zizan tak teragak-agak ambil tindakan undang-undang."Dulu saya pernah melakonkan watak memakai pakaian wanita, tetapi apabila kita semakin matang dan tahu hukumnya, kita kena terima bahawa berpakaian seperti perempuan adalah haram bagi lelaki Muslim."Itu belum lagi yang edit saya jadi The Nun (watak filem seram). Itu bukan agama kita, jadi saya rasa perkara itu tidak sesuai," kongsinya.Sebelum ini, Zizan bertindak menegur orang ramai agar tidak menyalahgunakan gambarnya yang disunting sehingga boleh menimbulkan kekeliruan di platform Threads miliknya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!