suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Santai layan Threads bertukar tragedi... Sharifah Sakinah cedera buku lali akibat terjatuh

Sakinah alami kecederaan pada kaki kirinya.

NIAT mahu bersantai sambil melayan aplikasi Threads bertukar tragedi buat pelakon Sharifah Sakinah apabila  mengalami kecederaan pada buku lali kaki kirinya akibat terjatuh di rumah.

Menurut Sakinah atau nama penuhnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar, 37, insiden yang berlaku kira-kira tiga minggu lalu itu dianggap agak serius sehingga doktor menyarankannya untuk menjalani pembedahan serta rawatan fisioterapi.

Bagaimanapun, Sakinah memilih untuk tidak melakukan pembedahan dengan harapan kaki kirinya dapat pulih secara semula jadi memandangkan jadual kerjanya yang tersangat padat.

Sakinah berkongsi perkara itu ketika ditemui media. 

"Saya jatuh biasa sahaja, tengah tengok Threads, tiba-tiba kaki saya terseliuh dan saya dengar bunyi 'krak'.

"Doktor suruh saya berpantang, tetapi saya tidak boleh buat kerana komitmen sangat tinggi. Saya kena pergi siri jelajah dan macam-macam kerja lagi, jadi saya cuma cuba kurangkan pergerakan.

"Apa yang terjadi, sama ada patah atau ligamen koyak, itu antara saya dengan doktor. Sebelum ini, saya tidak pernah alami kemalangan seperti ini," katanya kepada mStar. 

ARTIKEL BERKAITAN: Dilabel ‘white people wannabe’, foto cium mulut Sharifah Sakinah dan suami cetus rasa kurang senang

ARTIKEL BERKAITAN: Sharifah Sakinah, suami terpaksa PJJ demi kerjaya - “Kami akan tinggal sebumbung satu hari nanti”

Sakinah berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis tayangan filem Tiket Sehala di TGV Sunway Pyramid pada Rabu. 

Jelas Sakinah, meskipun masih berdepan kesakitan, dia enggan menyusahkan mana-mana pihak dan memilih untuk meneruskan komitmen lakonan seperti biasa demi menyelesaikan babak yang berbaki.

"Saya tetap teruskan kerja sebab ada penggambaran yang perlu diselesaikan. Saya percaya buku lali saya akan sembuh dengan sendiri dan saya tahu apa yang perlu saya buat.

Sakinah tetap meneruskan penggambaran walaupun kaki cedera. 

"Saya kena bekerja sampai tua kalau panjang umur. Lagipun, kebanyakan karakter yang saya bawa agak agresif, jadi saya kena pastikan kecederaan ini benar-benar pulih," tambahnya.

Dalam perkembangan lain, Sakinah bakal tampil menerusi filem arahan Rahila Ali berjudul Tiket Sehala yang bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 6 Ogos ini.

Filem berkisar mengenai mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Korea Selatan itu turut dibintangi Noki K-Clique, Jaa Suzuran, Sheila Mambo, Ardell Aryana, Hasnul Rahmat, Zaki Yamani, serta barisan pelakon antarabangsa.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain