SERAMAI 29 selebriti tempatan dilaporkan masih berada dalam senarai individu bankrap setakat Jun lalu selepas gagal melunaskan hutang kepada institusi kewangan.Menurut laporan media, Pengarah Insolvensi Bahagian Kebankrapan, Jabatan Insolvensi, Fajrul Shihar Abu Samah berkata, individu terbabit merangkumi pelbagai latar belakang termasuk artis legenda, pelakon terkenal dan veteran serta bekas peserta Hero Remaja yang masih aktif dalam industri hiburan. Jelasnya, sebahagian daripada selebriti berkenaan tampil sendiri menyerahkan diri kepada pihak Jabatan Insolvensi akibat tidak lagi mampu berdepan tekanan diburu pemiutang.Jabatan Insolvensi dedah artis popular diburu pemiutang."Ada mereka (artis dan selebriti) ini datang terus berjumpa dengan pihak kita kerana tidak tahan diburu institusi kewangan."Bila mereka menyerah diri, lebih senanglah kita untuk tadbir hutang-hutang mereka. Sebab memang peranan pihak Jabatan Insolvensi menjadi pelindung (orang tengah) antara penghutang dan pemberi hutang," katanya ketika dihubungi.Walaupun tidak mendedahkan identiti artis terbabit, Fajrul Shihar memberi bayangan bahawa individu yang tersenarai merupakan figura popular yang cukup dikenali ramai."Dalam kalangan mereka ini ada yang sudah bergelar artis legenda, pelakon terkenal, pelakon veteran terkenal, bekas hero remaja pun ada, yang pernah menang banyak anugerah pun ada. Jika saya sebut seorang-seorang, hampir majoriti masyarakat di luar sana kenal.ARTIKEL BERKAITAN: Siapa kata artis wanita hanya perlu ‘jual wajah’? Kenali 10 selebriti ‘beauty with brain’ MalaysiaARTIKEL BERKAITAN:Senarai artis global bakal hiburkan peminat Kuala Lumpur, BTS dan The Weeknd antara menjadi tumpuan"Tetapi apa yang penting mereka ini berusaha untuk membayar hutang," katanya.Mengulas mengenai punca utama yang menyebabkan golongan artis dibelenggu hutang sehingga jutaan ringgit, Fajrul Shihar menjelaskan kes kebankrapan kebanyakannya berpunca daripada kegagalan menguruskan kewangan dengan baik sleain pinjaman peribadi serta pembelian aset secara melampau.Dalam pada itu, Fajrul Shihar mendedahkan seramai 66 artis dan selebriti pernah diisytiharkan bankrap sejak tahun 2012.Identiti 29 artis itu bagaimanapun dirahsiakan.Bagaimanapun, lebih separuh daripada jumlah tersebut berjaya keluar selepas mendapatkan bimbingan serta menunjukkan komitmen tinggi untuk melunaskan tunggakan."Jadi yang terkini tinggal 29 orang sahaja masih dalam senarai tersebut. Komitmen seperti inilah yang memudahkan pihak kami untuk mentadbir hutang-hutang mereka."Bila disenaraikan muflis, bank tidak cari mereka lagi sebaliknya berurusan dengan kami yang mentadbir hutang-hutang mereka," jelasnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!