PELAKON Sweet Qismina mendedahkan dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak tujuh kilogram (kg) dalam tempoh sebulan sahaja demi memenuhi tuntutan watak dalam filem terbaharunya.Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi, 28, berkata, kejayaan mendapatkan bentuk badan ideal itu adalah hasil bimbingan dan ketegasan suaminya juga pelakon, Adam Lee yang bertindak sebagai jurulatih peribadi sepanjang proses berkenaan. “Sejujurnya, saya dilatih sepenuhnya oleh Adam. Sebenarnya saya baru sahaja selesai penggambaran filem bersama Azira Shafinaz, Amir Nafis, Namie dan Fimie Don. Ia sebuah naskhah yang agak berat kerana memerlukan saya berlari setiap malam.Adam Lee banyak membantu sepanjang proses penurunan berat badan Sweet.“Sebulan sebelum penggambaran bermula, pihak penerbit menghubungi mama dan meminta supaya saya mula berjoging setiap hari kerana mereka memerlukan stamina serta kekuatan fizikal yang tinggi daripada saya.“Dari situ saya terus faham apa yang dikehendaki. Selepas berbincang dengan mama, pihak produksi dan Adam, maka bermulalah perjalanan saya menguruskan badan dalam tempoh sebulan,” katanya kepada mStar. Sweet berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis tayangan filem Tiket Sehala yang berlangsung di TGV Sunway Pyramid pada Rabu. ARTIKEL BERKAITAN: Perkongsian Sweet Qismina buat ramai sebak, doa hamil tahun iniARTIKEL BERKAITAN: Netizen bongkar kebaikan Sweet Qismina, hulur bantuan ketika PKP… “Didikan yang dia dapat memang sempurna”Dalam pada itu, Sweet menegaskan dia tidak pernah melakukan sebarang jalan pintas atau penggunaan suntikan kurus, sebaliknya hanya bergantung kepada latihan fizikal serta kawalan pemakanan.“Bukan tidak mahu ambil jalan mudah, tetapi saya bernasib baik kerana mempunyai Adam sebagai jurulatih peribadi. Sebelum ini pun saya pernah melakukan 'liquid diet', jadi saya tahu apa yang sesuai dan tidak untuk badan saya.“Saya jenis yang mudah naik dan mudah turun berat badan. Berkenaan isu suntikan atau kaedah lain, saya rasa itu bukanlah sesuatu yang perlu saya ulas panjang kerana setiap orang mempunyai pandangan masing-masing,” tambahnya. Sweet turunkan berat badan demi menjayakan watak dalam filem terbarunya. Mengulas mengenai rutin yang dilaluinya, Sweet bersyukur usaha gigih berlari setiap malam membuah hasil bagi menjayakan watak dalam filem bergenre thriller dan slasher yang dijangka menemui penonton tidak lama lagi.“Setiap malam Adam akan pastikan saya berjoging di Stadium Bukit Jalil sekurang-kurangnya tiga kilometer tanpa henti. Pada awalnya saya kurangkan porsi makanan dan kemudian langsung tidak mengambil makanan bergula.“Nampak berat badan saya turun tetapi ada masanya ia seakan tersangkut, jadi Adam beritahu saya perlu terus bersenam untuk memecahkan lemak. Memang sakit sebenarnya, tetapi alhamdulillah semuanya dipertanggungjawabkan kepada suami yang melatih saya,” ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!