suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Tuduhan itu salah“ - Zaki Yamani sangkal dingin dengan Hussain, tidak salam Pak Hayat

Zaki jelaskan hubungan sebenarnya bersama Hussain.

PENYANYI Zaki Yamani sekali lagi berdepan kontroversi yang mendakwa hubungannya dengan sepupu, Hussain berada dalam keadaan dingin.

Malah, Zaki juga dipercayai tidak memberikan sokongan kepada Hussain yang sedang bersaing dalam program Big Stage X Rocketfuel.

Tampil memberikan penjelasan, Zaki atau nama sebenarnya Ahmad Zaki Yamani Jamal Ubaidillah, 20, menegaskan dia dan Hussain berada dalam keadaan baik namun memilih untuk tidak mempamerkan sokongan secara berlebihan di media sosial.

Zaki berkongsi perkara itu ketika ditemui media. 

“Saya tetap menyokong dia seperti saudara-saudara yang lain. Saya cuma tidak hebohkan benda itu sebab saya juga rapat dengan adiknya.

“Walaupun saya tidak tunjuk di depan umum, saya boleh sahaja mesej dia. Bukannya saya tiada nombor telefon dia. Semua sokongan itu berlaku di belakang tabir dan saya lebih selesa low profile,” katanya kepada mStar.

Zaki berkongsi perkara itu ketika ditemui di malam gala filem Tiket Sehala di TGV Sunway Pyramid pada Rabu. 

ARTIKEL BERKAITAN: Zaki Yamani suka wanita bijak, kuat bekerja... Jawab gosip bercinta dengan Azeva

ARTIKEL BERKAITAN: Zaki Yamani beri amaran hantar surat saman

Mengulas tuduhan liar netizen yang mendakwa dia tidak bersalaman dengan bapa saudaranya iaitu Jamilul Hayat dan kelihatan tidak ceria ketika persembahan Hussain, Zaki menyifatkan ia sebagai fitnah tidak berasas.

“Saya salam, sebenarnya. Tuduhan itu salah, sangat-sangat salah. Ketika program Astro sedang berehat, Pak Hayat keluar dan saya ada bawa dia ikut sekali.

“Saya bersalaman dengan dia, malah siap tanya Pak Hayat dah makan? Okay ke? Hubungan saya dengan mereka semua okay sahaja. Apa yang dispekulasikan oleh netizen itu hanyalah andaian mereka semata-mata,” ujarnya.

Zaki sentiasa memberikan sokongan kepada Hussain. 

Bercerita mengenai fenomena dan populariti yang diraih Hussain, Zaki akui tumpang gembira.

Namun, dia enggan campur tangan dalam aspek nyanyian Hussain kerana sepupunya itu sendiri mempunyai seorang bapa yang juga figura hebat dalam industri muzik tanah air.

“Itu rezeki dia. Saya pun ada rezeki sendiri. Soal nak bagi nasihat atau tips nyanyian, saya rasa tidak perlulah.

"Ayahnya sendiri seorang figura hebat dalam industri suatu ketika dahulu. Biarlah dia lalui dan terokai kerjayanya sendiri,” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain