PENYANYI Zaki Yamani tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang pengguna media sosial yang didakwa membuat satu hantaran berbaur fitnah mengenai dirinya.Secara ringkas, Zaki atau Ahmad Zaki Yamani Jamal Ubaidillah, 20, mengingatkan individu berkenaan agar tidak mengulangi perbuatan yang sama. "Sekali lagi awak buat cerita pelik macam ini, surat saman sampai depan rumah awak," katanya.Komen ringkas zaki di Threads. Zaki menulis perkara tersebut sebagai respons terhadap satu kenyataan yang mengaitkan dia kini sedang mendekati seseorang.Menerusi satu komen berbeza, penyanyi itu turut berpesan supaya tidak mudah mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan salah faham.ARTIKEL BERKAITAN: Zaki Yamani terkejut dapat lima tawaran berlakon, nafi terima peluang sebab anak Jamal Abdillah ARTIKEL BERKAITAN: Tak mengaku suara sama, Zaki Yamani ada identiti sendiri... Sesekali terkeluar ‘tone’ Jamal Abdillah"Minat jangan sampai berlebih. Penatlah," tegasnya.Terdahulu, seorang pengguna media sosial mendakwa Zaki pernah meluahkan perasaan terhadap seseorang yang dikenali sebagai Damian.Malah, lebih teruk lagi, individu berkenaan mendakwa anak kepada penyanyi Datuk Jamal Abdillah itu sedang 'angau' dilamun cinta.Zaki tidak mahu timbul salah faham berkaitan dirinya. Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersetuju agar Zaki mengambil tindakan tegas terhadap individu berkenaan."Tak payah tunggu lagi. Buat sekarang. Dia ingat orang main-main agaknya."Jangan bagi muka dengan netizen. Bebas menulis tanpa batas sehingga melampaui batas," komen pengikut media sosial.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!