suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aina Abdul redah salji demi ‘Sadis’

Aina tampil kelainan dalam video muzik Sadis.

TAMPIL dengan video muzik (MV) lagu terbaharunya berjudul Sadis, penyanyi Aina Abdul memberitahu rakaman tersebut dibuat tanpa dirancang ketika dia berada di Osaka, Jepun.

Menurut Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 33, cuaca sejuk dan keadaan bersalji di bandar itu memberi ilham kepadanya untuk melakukan penggambaran.

"Perancangannya pergi ke Osaka untuk rakam satu MV sahaja, Berjauh-an. Tapi Allah bagi salji hari itu. Takkan nak diam sahaja," katanya.

Cuaca sejuk tak halang Aina rakam video muzik Sadis. 

Aina berkongsi pengalaman itu menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di laman Threads miliknya.

Pada masa yang sama, penyanyi itu turut menceritakan bagaimana dia berdepan suhu sejuk demi menjayakan penggambaran tersebut.

"Kejung dah tangan semuanya. Kami fikir kalau dapat salji, terus buat. Jika tiada, buat kandungan lain. Tapi Allah bagi salji, Alhamdulillah.

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih mudah nak nyanyi antara punca Aina Abdul guna perkataan ‘takda’ dalam lirik Sadis 

ARTIKEL BERKAITAN: Lagu Berjauh-an rupanya inspirasi peribadi Aina Abdul, kisah percintaan jarak jauh... Ada sebab pilih Jepun rakam MV

"Sejuk sangat. Alhamdulillah Allah beri sejuk. Kalau panas, berpeluh pula," ujarnya.

Video muzik lagu tersebut mula dilancarkan di saluran YouTube miliknya pada Ahad.

Difahamkan, rakaman tersebut dibuat ketika dia berada Osaka bagi menjalani penggambaran video muzik lagu Berjauh-an yang dilancarkan sebelum ini.

Aina sekali lagi bekerjasama dengan Kosuke (kanan). 

Aina turut menampilkan model lelaki berasal dari Jepun, Kosuke Suzuki, sama seperti dalam video muzik sebelumnya.

Lagu Sadis merupakan ciptaan Aina sepenuhnya dan dilancarkan pada Jun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain