suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tersingkir Big Stage X Rocketfuel, Sufie Rose kembali kerja di hotel

Sufie terbuka menerima keputusan penyingkiran pada minggu kedua.

PESERTA Big Stage X Rocketfuel, Sufie Rose yang tersingkir pada malam Ahad akan kembali menjalankan tugas hakikinya sebagai pekerja hotel sementara menanti perancangan seterusnya bersama label Rocketfuel Entertainment.

Sufie atau Sufia Arissya Suhaimi, 25, berkata sepanjang menyertai pertandingan itu dia diberikan cuti oleh majikannya dan bersyukur kerana mendapat sokongan penuh daripada tempat kerja.

"Saya sekarang di bawah label Rocketfuel jadi perancangan seterusnya belum diketahui lagi.

"Namun secara peribadi, saya kembali bekerja sebagai pekerja di hotel. Sepanjang di Big Stage ini saya diberikan cuti. 

Sufie akan kembali bekerja di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

"Alhamdulillah tempat kerja saya sangat memberikan sokongan terhadap penyertaan di program ini. Tapi kalau ada tawaran menyanyi mana yang bersesuaian saya akan terima," katanya kepada mStar. 

Sufie ditemui pada sidang media konsert minggu kedua Big Stage X Rocketfuel yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam pada malam Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Sufie Rose peserta pertama tersingkir Big Stage X Rocketfuel

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Undian tinggi peminat bawa Hussain ke BigStage pula

Mengulas tentang penyingkirannya, Sufie mengakui berasa kecewa apabila menjadi peserta pertama yang meninggalkan pertandingan itu kerana merasakan dirinya masih layak diberi peluang untuk meneruskan persaingan.

Katanya, keyakinan itu hadir selepas menerima komen positif daripada juri, termasuk Akim Ahmad yang memuji peningkatan persembahannya berbanding minggu pertama.

"Sejujurnya saya rasa perlu diberi peluang lagi kerana selepas persembahan tadi (malam Ahad), Akim (juri) ada cakap yang ada peningkatan berbanding minggu lalu disebabkan pemilihan lagu tepat. 

Mungkin kurang keyakinan diri di atas pentas menjadi faktor utama saya berada di kedudukan tiga terbawah. 

SUFIE ROSE

PESERTA BIG STAGE X ROCKETFUEL

"Jadi kalau diberi peluang saya rasa akan lebih bersungguh-sungguh dan memperbaiki persembahan seterusnya. 

"Sistem pemarkahan berdasarkan penilaian juri profesional jadi saya tidak boleh ulas tentang perkara ini (siapa yang patut disingkirkan)," ujarnya. 

Dalam pada itu, Sufie berkata dia menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka dan menganggap setiap kritikan daripada juri sebagai peluang untuk memperbaiki kelemahan diri.

Persembahan Sufie gagal menambat hati juri.

"Saya sedar mungkin kurangnya keyakinan diri di atas pentas menjadi faktor utama saya berada di kedudukan tiga terbawah dan disingkirkan pada malam (Ahad) ini.

"Saya terima dengan hati terbuka. Penting untuk juri profesional menilai nyanyian saya untuk belajar jadi lebih baik," katanya. 

Pada konsert minggu kedua yang berlangsung pada Ahad, Sufie menjadi peserta pertama yang tersingkir daripada Big Stage X Rocketfuel.

Persembahannya menerusi lagu Panas nyanyian De Fam gagal menambat hati barisan juri, sekali gus menamatkan saingannya dalam pertandingan itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain