PERJALANAN hidup yang sarat dengan fasa jatuh dan bangun mendorong pelakon dan penyanyi, Fazura tampil dengan buah tangan terbaharu berjudul Kisah Terbaik.Menurut Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 43, lagu berkenaan menceritakan tentang bagaimana pengalaman lalu memberikan impak yang besar, selain mendidik dirinya menjadi individu yang lebih kuat dan ikhlas dalam menerima ketentuan takdir. “Saya percaya setiap orang melalui fasa jatuh dan bangun, begitu juga saya. Ada banyak pengalaman yang mengajar saya tentang kekuatan, keikhlasan dan menerima apa yang telah ditentukan."Sebab itu saya begitu terhubung dengan lagu ini kerana ia mengingatkan saya bahawa setiap perjalanan, walaupun sukar, tetap mempunyai makna yang indah,” katanya.Lagu tersebut mengangkat tema penerimaan, kekuatan diri.Menjelaskan lebih lanjut mengenai lagu itu, Kisah Terbaik yang bergenre balada itu mengangkat tema penerimaan, kekuatan diri serta harapan untuk terus melangkah ke hadapan.Jelas Fazura, ia bukan sekadar sebuah lagu cinta biasa, sebaliknya membawa mesej yang lebih universal tentang bagaimana menerima setiap perjalanan kehidupan sebagai sebahagian daripada proses membentuk diri.“Bagi saya, Kisah Terbaik bukan sekadar tentang cinta, tetapi tentang menerima setiap pengalaman yang membentuk diri kita."Walaupun ada kisah yang menyakitkan, akhirnya kita sedar semuanya hadir dengan hikmah. Saya harap lagu ini dapat menjadi teman buat sesiapa yang sedang melalui fasa untuk melepaskan dan memulakan lembaran baharu,” ujarnya.ARTIKEL BERKAITAN: Jangan menekan-nekan... Fazura pilih hidup tenang, tak mahu orang luar tentukan jodohARTIKEL BERKAITAN: Ucapan istimewa Fazura buat Que Haidar, imbau kenangan kembali bertemu selepas 16 tahunLagu tersebut merupakan hasil kolaborasi bersama komposer, penulis lirik dan penerbit Aiman Sidek serta Reza Ramsey.Kisah Terbaik mengetengahkan susunan muzik yang sinematik dengan perkembangan emosi yang semakin memuncak, sekali gus melengkapkan lagi penceritaan yang ingin disampaikan.“Saya rasa lagu ini mempunyai perjalanan emosi yang sangat indah. Ia bermula dengan rasa yang lembut dan rapuh, kemudian berkembang menjadi lebih besar dan penuh harapan.Fazura harap lagu ini dapat menyentuh hati peminat. "Susunan muziknya benar-benar membantu menghidupkan setiap emosi dalam lirik. Bagi saya, inilah antara karya yang paling matang dan paling dekat dengan diri saya,” jelasnya lagi.Fazura berharap lagu itu mampu berfungsi sebagai sumber kekuatan kepada para pendengar, khususnya mereka yang sedang berdepan detik-detik mencabar dalam kehidupan.“Harapan saya sangat sederhana. Saya berharap Kisah Terbaik dapat menyentuh hati pendengar dan memberi sedikit ketenangan kepada mereka yang sedang melalui waktu-waktu sukar," katanya.Untuk info, Kisah Terbaik sudah boleh didengar di semua platform penstriman digital utama.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!