PENYANYI dan usahawan Mila Jirin tampil membuat penjelasan berhubung isu tunggakan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membabitkan perniagaan pengurusan majlis dan perkahwinan miliknya iaitu Bizmilla Wedding Centre. Mengakui tentang tunggakan tersebut, Mila atau nama sebenar Norsyarmilla Jirin, 39, bagaimanapun menafikan dakwaan kononnya dia menghalang bekas kakitangannya membuat sebarang aduan atau laporan. "Saya ingin menjawab satu dakwaan yang menyentuh hati saya. Ada yang mengatakan saya menghalang pekerja daripada membuat laporan atau menutup mulut mereka."Demi Allah, perkara itu tidak pernah berlaku. Setiap pekerja mempunyai hak masing-masing dan saya menghormati hak mereka.Mila nafi halang pekerja bersuara mengenai isu KWSP. "Saya juga tidak menyimpan marah kepada mana-mana bekas pekerja yang meluahkan perasaan. Fokus saya sejak dahulu hanyalah satu iaitu menyelesaikan setiap amanah yang masih berbaki sebaik mungkin," katanya menerusi satu hantaran di Threads pada Khamis. Mendedahkan perkara sebenar, Mila menjelaskan kesan daripada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan banyak perniagaan terhenti termasuk industri perkahwinan.Jelas Mila, dia bagaimanapun nekad tidak membuang pekerja semasa krisis berkenaan, sebaliknya menggunakan seluruh simpanan syarikat serta membuat pinjaman tambahan demi memastikan kelangsungan hidup stafnya.ARTIKEL BERKAITAN: “Ada yang betul, ada yang ditokok-tambah“ - Mila Jirin akui caruman KWSP pekerja tertunggakARTIKEL BERKAITAN: “Ada mesej ramai tapi...“ - Punca Mila Jirin pilih komposer Indonesia untuk ‘comeback‘ lepas sedekad"Ramai tidak tahu apa yang berlaku di sebalik tabir. Ketika ramai syarikat terpaksa mengurangkan pekerja atau menutup operasi, kami memilih untuk terus bertahan. Keputusan itu bukan mudah."Syarikat guna simpanan, buat pinjaman tambahan dan menanggung pelbagai komitmen demi memastikan pekerja terus menerima pendapatan untuk bawa pulang rezeki kepada keluarga."Namun, setiap keputusan ada harganya. Apabila operasi kembali dibuka, syarikat tidak bermula dari kosong tetapi dengan beban komitmen yang perlu diselesaikan berperingkat. Salah satunya ialah tunggakan KWSP yang terbentuk ketika tempoh luar biasa tersebut," ujarnya.Tidak berniat mahu meraih simpati, Mila menegaskan dia tidak pernah mempertikaikan hak pekerja atau berniat untuk mengelak daripada tanggungjawab tersebut.Mila akan selesaikan isu tersebut secepat mungkin. Malah, Mila berkata pihak pengurusannya kini sedang bertungkus-lumus menyelesaikan sebahagian besar tunggakan berkenaan."Saya ingin tegaskan satu perkara, KWSP adalah hak pekerja."Alhamdulillah, sebahagian besar telah diuruskan dan kami sedang menyelesaikan baki yang masih ada," katanya.Sebelum ini, timbul dakwaan di media sosial yang mengatakan Mila tidak mencarum KWSP pekerja selama 10 bulan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!