PELAKON dan pelawak Zizan Razak menegur trend segelintir netizen yang gemar mendedahkan atau membuka aib individu lain secara terbuka di platform media sosial.Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak, 42, berkata, dia sentiasa berpegang teguh kepada prinsip untuk tidak mencampuri urusan orang lain apatah lagi menyebarkan keburukan mereka kerana percaya kepada balasan Tuhan. "Kita mungkin boleh buka aib orang, tetapi kena ingat, sekali Allah buka aib kita, memang tak ada jalan pulang. Saya minta dijauhkan daripada perkara-perkara begitu. Bagi saya, semuanya berbalik kepada didikan keluarga masing-masing.Zizan harap dirinya dijauhkan daripada perkara-perkara negatif. "Jujurnya, saya tidak akan menyebarkan aib sesiapa. Walaupun pernah melihat kesalahan rakan atau orang luar di depan mata, saya tidak pernah berniat untuk merakam, berkongsi atau menceritakannya. "Bila kita buka aib orang dan Allah membuka aib kita nanti, memang tiada jalan pulang lagi," katanya kepada mStar. Zizan berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis sidang media Astro Fandom di D Theatre, Hextar World Empire City, Petaling Jaya.Dalam pada itu, aktor itu menegaskan bahawa setiap individu perlu bersedia berdepan kemungkinan kesilapan atau kisah silam mereka dibangkitkan semula oleh pihak tertentu pada masa hadapan.ARTIKEL BERKAITAN: Zizan Razak terkejut dikatakan antara pelakon terima bayaran tinggi, percaya rezeki datang seiring usahaARTIKEL BERKAITAN: Zizan Razak tanya pendapat ustaz, sedekah bukan untuk bermegah... Sedar diri sendiri pendosa"Sama ada ia mengganggu atau tidak, kadang-kadang kesilapan kita masa lalu akan didedahkan orang. Kita nak cakap apa? Kita hanya perlu berhati-hati dan terima sahaja hakikat itu."Pada saya, kita kena terima sahaja, tetapi perbuatan membuka aib orang bukanlah satu budaya atau gaya hidup yang positif," jelasnya.Menyifatkan cabaran hidup kini semakin hebat dengan fitnah, Zizan menasihati orang ramai agar lebih bijak dalam mengatur langkah kehidupan."Ini zaman seperti yang sudah ditulis dalam al-Quran, semakin dekat kemunculan Dajjal, semakin banyak fitnah akan bermaharajalela. Sebab itu, kita akan rasa dunia ini semakin sunyi dan mencabar.Zizan bakal tampil dengan filem terbaharunya, Terbang."Bila usia semakin meningkat dan matang, saya lebih banyak berfikir. Kehidupan hari ini penuh dengan cabaran dan dugaan yang perlu ditangani dengan bijak. Pilihlah jalan yang terbaik," ujarnya.Dalam perkembangan lain, Zizan bakal tampil dengan filem Terbang yang dijangka ditayangkan pada hujung tahun ini. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!