suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tidak pernah bangga diri, Christine Hakim anggap kerjaya seni amanah Tuhan... Mahu sebar kebaikan menerusi filem

Christine mahu setiap hasil lakonannya memberi manfaat kepada penonton.

NAMA pelakon Christine Hakim bukan lagi asing dalam kalangan peminat filem di Indonesia dan Malaysia.

Tidak hanya dikenali menerusi hasil lakonan berkualiti, Christine, 70, juga antara aktres yang cukup disegani kerana berjaya meraih pelbagai anugerah.

Namun, di sebalik kejayaan sepanjang kerjaya seninya, ia tidak pernah menjadi alasan buat pelakon asal Indonesia ini mendabik dada atau meminta untuk dipandang tinggi.

Christine melihat kerjaya seni sebagai satu amanah menyampaikan kebaikan. 

"Saya tidak pernah merasa hebat. Saya tidak pernah menagih untuk menang trofi kerana takut menjadi sombong.

"Saya jalani kehidupan dan kerjaya sehingga ke tahap ini, semuanya adalah aturan Tuhan," katanya merendah diri.

Christine ditemui ketika hadir ke Malaysia bagi sesi sidang media memperkenalkan barisan pelakon filem terbaharu lakonannya berjudul Langit 2 Warna.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak mahu layan ‘diva’ di lokasi“ - Erma Fatima hanya pilih kroni, senang bekerjasama 

ARTIKEL BERKAITAN: 10 tahun pasang impian, Umie Aida luah hasrat berlakon dengan Christine Hakim

Mendengar sendiri setiap bicaranya bersama media di Malaysia, pelakon ini juga dilihat sebagai seorang yang tidak lokek berkongsi pengalaman dan pengajaran sepanjang lebih 40 tahun melibatkan diri dalam dunia seni.

Sebagai seorang yang telah membintangi puluhan filem, aktres ini juga menganggap setiap hasil lakonannya adalah satu amanah untuk menyampaikan kebaikan kepada penonton dan bukan sekadar hiburan.

"Penting untuk tahu asas kita sebagai manusia. Menerusi lakonan filem, ia merupakan perjalanan spiritual untuk mencari apa yang Tuhan amanahkan dalam kehidupan.

Barisan pelakon filem Langit 2 Warna. 

"Pada awalnya saya tahu berlakon, tetapi diberikan jadi pelakon. Ketika saya mahu berhenti berlakon, tawaran datang. Sampai bila pun saya tidak tahu. Hanya Tuhan sahaja tahu.

"Saya sering ingatkan, ini adalah amanah untuk berbuat kebaikan. Saya harus sebarkan kebaikan bukan dengan cara ustaz atau ustazah, tetapi melalui karya," kongsinya.

Dalam perkembangan lain, Christine bakal memulakan penggambaran filem Langit 2 Warna di bawah arahan Erma Fatima bersama pelakon lain seperti Reza Rahadian, Ummi Nazeera, Eman Manan, Datin Seri Umie Aida, Datuk Tarmimi Siregar dan ramai lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain