suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Azhan Rani tak sangka ‘Jamali’ jadi fenomena di media sosial, rezeki mencurah-curah ramai tawar 'review' produk

PELAKON Azhan Rani tidak menyangka watak Jamali yang dilakonkan dalam drama Bulan Henti Bicara mendapat sambutan hangat sehingga menjadi bualan ramai.

Menurut Azhan, 50, watak tersebut bukan sahaja mencetuskan pelbagai reaksi penonton, malah membuka peluang untuknya bekerjasama dengan pelbagai produk.

"Alhamdulillah tak sangka sekarang ni watak Jamali ni memang mendapat sambutan hangat daripada semua masyarakat, walaupun benci tapi nak tengok juga.

"Sekarang ni jadi bualan ramai dan fenomena malah banyak produk-produk ingin berkoloberasi dengan saya, sehingga bulan ini saya tidak banyak terima tawaran lakonan disebabkan terlalu sibuk.

"Bulan ni lebih kepada saya buat kerja promosikan produk yang mahukan watak sebagai Jamali ni, syukur sebab rahmat daripada tuhan dan tak sangka dapat vibe macam dulu walaupun sudah 50 tahun," katanya kepada mStar.

Drama Bulan Henti Bicara membariskan pelakon seperti Azar Azmi, Ali Reza Kavoossi, Ezzanie Jasny dan Hushairi Hussain (Pak Karman) yang kini masih lagi ditayangkan di Astro Ria dan Netflix.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi