suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Atu Zero mohon sumbangan RM10,000 baiki masjid dan surau kampung, penduduk masih guna air telaga

PELAWAK Atu Zero berharap ada pihak sudi menghulurkan sumbangan bagi menjayakan projek amal membaik pulih masjid dan surau di kampung halamannya di Pulau Tigabu, Sabah.

Atu atau nama sebenarnya Sharif Kunal Doli Sharif, 33, berkata bantuan diperlukan sebanyak RM10,000 itu bagi menyediakan tempat mengambil wuduk yang lebih sempurna kerana penduduk masih bergantung kepada air telaga.

“Sekarang ini saya sedang jalankan projek penambahbaikkan dan pemulihan masjid dan surau di kawasan kampung saya di Sabah iaitu di Pulau Tigabu.

“Dana yang diperlukan sebanyak RM10,000 untuk membina tempat mengambil air wuduk, kerana tiada sistem air dan semua penduduk masih lagi menggunkan air telaga sehingga sekarang.

“Dulu elektrik juga dicatu daripada pukul 8 pagi hingga 8 malam, nak beri bantuan pun susah sebab kawasan pendalaman dan kos untuk hantar bantuan pun tinggi… jadi saya harapkan bantuan daripada semua kawan-kawan yang sudi membantu,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi