suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Identiti dah terbongkar, tiada lagi rahsia... K.O.I bukan nak jual muka, takkan buka topeng

KUMPULAN rap K.O.I (Konflict Of Interest) tetap dengan pendirian untuk merahsiakan identiti sebenar mereka biarpun sudah bergelar juara Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40).

Vokalisnya, Mya Nana, 30, berkata kemenangan di pentas berprestij itu bukan alasan untuk mereka mendedahkan siapa individu di sebalik topeng yang menjadi identiti kumpulan ini.

“Kami nak tegaskan tidak akan buka topeng, ini pendirian kami daripada dulu lagi walapun sudah menang di AJL tapi bukan alasan untuk kami dedahkan indentiti sebenar.

“Walaupun ramai yang sudah tahu tapi kalau anda lihat di media sosial itu mungkin bukan daripada kami tapi orang lain yang dedahkan, malah keluarga sendiri pun maklum perkara ini demi mahu menjaga privasi, karekter dan keunikkan K.O.I.

“Kami tidak akan mengaku walaupun orang tahu dan bertanya siapa kami, imej bertopeng ini tidak akan buka sampai bila-bila sebab ini adalah identiti kami,” katanya kepada mStar. 

Selain Mya Nana, K.O.I turut dianggotai Achoi Floor 88, Khaza Raflex, Tuan Nicky dan Hemo Globin.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi