suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Memang layak menang vokal terbaik! Noryn Aziz ‘react’ nyanyian Marsha dan Aina Abdul

 PENYANYI dan guru vokal Noryn Aziz berpendapat Marsha Milan sememangnya layak dinobatkan sebagai pemenang Vokal Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40).

Menurut Noryn atau Norazmahwati Abdul Aziz, 50, Marsha memperlihatkan teknik nyanyian yang cukup bijak menerusi persembahan lagu Tangisan Seorang Pendosa.

Katanya, kawalan vokal serta emosi yang ditampilkan penyanyi itu juga berada pada tahap yang sangat baik sehingga membuatkan penyampaiannya kelihatan begitu berkesan.

"Marsha tahu apa yang lagu itu kehendaki. Kita boleh nampak dia bercerita dalam nyanyian.

"Bagi saya, dia menyanyi menggunakan minda. Dia tahu bagaimana hendak mengawal suara dan emosi mengikut keperluan lagu.

"Pada pendapat saya, Marsha memang layak menang Vokal Terbaik kerana pertama, kawalan suara dia sangat baik. Kedua, emosi dalam nyanyian dia pula sangat sempurna," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Noryn turut memuji usaha keras penyanyi Aina Abdul yang memberikan persembahan terbaik menerusi lagu Kamu pada malam AJL40.

Malah, jelas Noryn, Aina sememangnya wajar dipilih sebagai pemenang Persembahan Terbaik selepas berjaya menampilkan persembahan yang gah dan seiring dengan susunan muzik yang besar.

"Muzik Aina sangat besar, sebab itu dia perlu 'carry' dengan nota yang tinggi sentiasa.

"Tetapi saya boleh katakan, sebab itulah dia layak mendapat Persembahan Terbaik pada malam berkenaan,"jelasnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi