suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak berkira keluar duit untuk program masyarakat, Sharif Zero anggap sebagai sedekah... Bukan nak masuk dunia politik

TIDAK berkira soal wang apabila menganjurkan sesuatu program, pelawak Sharif Zero menyifatkan segala perbelanjaan yang dikeluarkan sebagai satu bentuk sedekah buat dirinya.

Menurut Sharif atau Sharif Kadir Doli Sharif, 36, dia tidak pernah menerima tawaran daripada mana-mana individu daripada parti politik untuk membiayai program sukan yang dianjurkannya.

Malah, katanya, terdapat seorang kenalan yang sering membantu dari segi kewangan setiap kali dia menganjurkan sesuatu program, namun individu berkenaan bukanlah ahli politik.

"Tiada (dirisik masuk politik), mungkin ini cara saya untuk bersedekah.

"Bukan ahli politik tetapi kawan saya. Dia ada perniagaan sendiri. Saya tak mahu ambil tahu sangat bisnes apa yang dia buat, tetapi setiap program yang saya buat, dia akan sokong.

"Dia tidak mahu dikenali, cuma mahu bersedekah. Tapi memang tiada ahli politik yang jumpa atau mendekati saya untuk tujuan berkempen dan sebagainya," katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut, Sharif berkata dia juga tidak pernah terfikir untuk menyertai mana-mana parti politik buat masa ini.

Bagaimanapun, pelawak itu terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak sekiranya usaha tersebut dapat memberi manfaat kepada masyarakat.

"Saya tidak terfikir untuk ke arah politik, tetapi kalau ada sesiapa yang mahu bekerjasama, saya alu-alukan. Janji ia memberi manfaat kepada orang lain," jelasnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi