suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Eric Fuzi kongsi pandangan isu artis muda tak jemput penyanyi senior, dedah ada beberapa kekangan... Floor 88 pula teringin sepentas KRU

ANGGOTA kumpulan Floor 88, Eric Fuzi menjelaskan artis muda atau baharu bukan tidak mahu menjemput penyanyi senior sebagai artis undangan dalam persembahan mereka.

Sebaliknya, Eric atau Eric Muhamed Fuzi, 34, berkata perkara itu bergantung kepada bajet serta pertimbangan pihak penganjur.

"Bergantung pada artis yang buat persembahan. Ada artis muda yang rasa diri mereka belum berada di skala mega.

"Bila buat konsert, mungkin mereka tersekat dengan bajet atau penganjur sendiri rasa sama ada perlu panggil artis senior atau tidak.

"Tapi mungkin boleh mulakan dengan kolaborasi lagu baharu bersama terlebih dahulu, barulah boleh bawa ke pentas konsert," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Eric turut berkongsi keinginannya untuk membawa kumpulan KRU, beraksi sepentas dengan Floor 88.

Menurut Eric, hasrat tersebut mempunyai nilai sentimental buat dirinya kerana dia membesar dengan lagu-lagu KRU dan turut mendapat inspirasi daripada salah seorang anggota kumpulan itu, Datuk Yusry Abdul Halim.

"Saya kalau boleh memang teringin sangat Floor 88 jemput KRU.

"Saya membesar dengan lagu-lagu mereka dan saya main gitar pun sebab Yusry. Jadi, saya teringin sangat nak sepentas dengan mereka," ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi