suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Sampai tahap nak suruh saya keluar rumah” – Remy Ishak kena gangguan mistik siap menjelma jadi isteri di rumah

PELAKON Datuk Remy Ishak mendedahkan dia sedang melalui fasa-fasa pelik apabila sering berdepan gangguan mistik sejak akhir kebelakangan ini.

Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 44, berkata gangguan itu berlaku sehingga menyebabkan dia merasakan seolah-olah ada sesuatu mahu menyuruhnya keluar daripada kediamannya.

Lebih mengejutkan Remy, gangguan tersebut dikatakan pernah muncul sebagai ‘jelmaan’ yang menyerupai isterinya.

“Saya sedang melalui satu perkara yang pelik. Saya rasa macam, sampai ke tahap ini gangguannya? Adakah aku seorang yang dengar benda ini ataupun apa?

“Dulu pernah kena macam ni dan kerap kena gangguan tapi saya percaya perkara-perkara macam ini bila datang kepada kita, Allah nak kita mendekatkan lagi diri kepada Dia.

“Saya dalam fasa pelik kerana banyak benda-benda mistik berlaku sejak akhir-akhir ini, gangguan yang saya dapat sampai saya rasa benda itu nak suruh saya keluar daripada rumah dan boleh menjelmakan diri menjadi isteri saya," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi