suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Muntazar Ghufran pilih tawaran lakonan, tak anggap kerja ‘sales marketing’ sebagai ‘downgrade’

PELAKON Muntazar Ghufran mengakui kini lebih selektif dalam memilih tawaran berlakon dan buat sementara waktu hanya menerima watak kecil termasuk sebagai penampilan khas (cameo).

Muntazar, 23, berkata pendirian itu bukan disebabkan mahu meletakkan harga tinggi atau terlalu memilih bayaran, sebaliknya dia mahu terlibat dalam karya yang mampu memberi impak positif kepada masyarakat.

“Tawaran berlakon masih ada, cuma saya ada ambil tawaran untuk tampil sebagai cameo dan watak-watak kecil.

“Saya memang memilih tawaran berlakon kerana saya mahu karya yang ada impak positif kepada masyarakat.

“Bukan saya memilih tawaran sebab sudah lama berlakon dan harga kena naik. Saya masih letakkan harga biasa sahaja dan tidak demand terlalu tinggi,” katanya kepada mStar.

Sementara itu, Muntazar turut menegaskan dia tidak menganggap keputusan seseorang artis untuk bekerja dalam bidang lain, termasuk pemasaran jualan, sebagai sesuatu yang boleh menjatuhkan imej mereka.

Menurut pelakon itu, tiada apa yang perlu dimalukan selagi pekerjaan yang dilakukan adalah halal dan membolehkan seseorang meneruskan kehidupan.

“Bagi saya, kalau ada yang rasa artis jadi sales marketing itu sebagai sesuatu yang downgrade, tidak mengapa. Bagi saya, perkara itu biasa.

“Apa yang penting, saya teruskan kehidupan. Tak kisahlah daripada seorang artis kemudian buat kerja lain, asalkan pekerjaan itu halal,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi