suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lima tahun tiada tawaran lakonan, Ajak tak mengeluh cari peluang rezeki lain... Rindu pentas lawak!

PELAWAK dan penyampai radio Suria FM, Ajak Shiro memberitahu sudah hampir lima tahun dia menyepi dalam dunia lakonan.

Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanafi Razak, 41, berkata situasi itu bukan kerana dia sengaja meninggalkan dunia lakonan, sebaliknya tiada tawaran yang diterima sepanjang tempoh berkenaan.

“Sebenarnya bukan saya yang tidak aktif berlakon tapi tawaran yang tiada, kalau ikutkan hampir lima tahun tiada tawaran berlakon rasanya.

“Saya tidak mengeluh bila tiada tawaran berlakon sebab saya sedar diri dan kena cari jalan alternatif lain untuk kerja, tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak.

“Untuk berlakon ni tiada la rindu sangat tapi saya lebih rindu kepada suasana di pentas contohnya pentas Maharaja Lawak Mega sebab dulu pernah menjadi fenomena orang tertunggu-tunggu bila hari Jumaat,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi