suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penangan ‘Cinta Mati’, Apau Qhaliff terkejut ramai janda mesej nak kenal... “Kalau terlayan habislah!”

PENYANYI Apau Qhaliff tidak menyangka dia menerima banyak mesej nakal dan berbaur lucah selepas kejayaan single pertamanya berjudul Cinta Mati.

Lebih mengejutkan apabila Apau, 19, menerima banyak mesej daripada wanita berstatus ibu tunggal yang turut meluahkan hasrat ingin mengenali dirinya.

“Saya terkejut juga selepas lagu Cinta Mati dikeluarkan dua bulan lepas, ia mendapat sambutan hangat dan jumlah tontonan mencecah 2.5 juta dalam tempoh singkat.

“Semua itu terjadi disebabkan sokongan budak-budak motor, tapi dalam pada itu ada juga yang kecam. Malah saya pun terkejut ada terima mesej nakal.

“Saya terima mesej daripada wanita siap hantar gambar seksi dan ada juga golongan wanita ibu tunggal mesej ajak berkenalan dengan saya, pelik pun ada,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Apau baru sahaja melancarkan single keduanya berjudul Rindu Bercinta yang boleh didengari di semua platform digital bermula Jumaat.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi