suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pernah digelar ‘kambing hitam’, Nabila Razali tak tahu wujud agenda atau politik dalam program realiti

PENYANYI dan pelakon Nabila Razali mengakui tidak tahu-menahu sekiranya wujud sebarang agenda atau unsur politik dalam sesebuah rancangan realiti.

Pernah dilabel sebagai ‘kambing hitam’ ketika menyertai sebuah program realiti, Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 34, berkata, dia sendiri tidak menyedari perkara tersebut sepanjang bergelar peserta.

Menurut Nabila, sebagai peserta, tanggungjawabnya hanyalah memberikan yang terbaik dalam setiap cabaran yang diberikan.

“Apa yang berlaku dalam produksi kekal di sana, saya sendiri pun tak tahu.

“Dulu saya juga pernah digelar sebagai kambing hitam dalam sebuah rancangan realiti, tetapi saya sendiri tidak sedar perkara itu.

“Saya sebagai peserta hanya buat yang terbaik. Sekiranya ada yang kurang, semuanya daripada saya,” katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut, Nabila memberitahu, isu berkaitan agenda atau politik dalam program realiti bergantung kepada perspektif setiap individu.

Bagaimanapun, Nabila melihat pihak produksi memberikan layanan yang sama rata kepada semua peserta.

Justeru, dia berpendapat setiap peserta perlu berusaha lebih dan tidak terlalu memikirkan perkara di luar kawalan mereka.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi