suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Khaled Asharief tak lena tidur malam, video ‘isteri’ pertama dan kedua bertengkar di Bukit Bintang cetus kecaman

GARA-GARA video eksperimen sosial berkaitan rumah tangga, pelakon Khaled Asharief menerima kecaman hebat daripada netizen.

Khaled, 25, berkata, dia memahami reaksi orang ramai yang menganggap tindakan tersebut keterlaluan, malah mengakui kecaman diterimanya itu turut mengganggu emosinya.

"Saya kena kecam sampai tak boleh tidur malam, tapi tidak mengapa, saya faham.

"Alhamdulillah, nampak macam lakonan kami menjadi juga sebab orang betul-betul rasa sampai nak maki kami," katanya kepada mStar.

Menurut Khaled, eksperimen sosial tersebut juga memberi pengalaman baharu kepadanya apabila berpeluang berlakon di tempat awam dan melihat sendiri reaksi orang ramai terhadap situasi yang dipaparkan.

Mengulas dakwaan tindakan berkenaan sekadar strategi publisiti murahan, Khaled melihat perkara itu daripada sudut berbeza.

Sebelum ini, tular di media sosial sebuah video memaparkan situasi dua wanita yang didakwa sebagai isteri pertama dan kedua bergaduh di kawasan Bukit Bintang.

Video berkenaan mengundang pelbagai reaksi netizen apabila rata-rata menganggap perselisihan tersebut sebagai kejadian sebenar sebelum mengetahui ia sebenarnya sebahagian daripada eksperimen sosial dan lakonan yang dilakukan.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi