suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sibuk berlakon sampai bisnes baju merudum, Zahiril Adzim cuba bertahan terdetik hati nak tutup

PELAKON Zahiril Adzim mengakui perniagaan pakaian yang diusahakannya kini berdepan kemerosotan susulan kesibukannya memenuhi tawaran lakonan.

Menurut Zahiril atau Muhammad Zahiril Adzim Mohd Mokhtar, 42, keadaan itu menyebabkan dia kini berada dalam dilema sama ada mahu meneruskan atau menutup perniagaan berkenaan.

Bagaimanapun, kata pelakon itu, dia masih cuba bertahan selepas menerima maklum balas positif daripada netizen yang memintanya supaya tidak menghentikan perniagaan tersebut.

“Perniagaan saya (Bobbysan) itu mungkin perlahan sekarang sebab saya sibuk dengan tawaran lakonan, begitu juga rakan kongsi saya, Nafiez Zaidi.

“Jadi, apabila kami sibuk untuk beberapa bulan, produk tidak keluar. Bila tiada produk, tiadalah jualan tetapi kos operasi tetap perlu dibayar.

“Memang dilema juga sama ada mahu teruskan atau tutup perniagaan itu. Tetapi apabila saya tanya netizen di Threads, ramai yang minta jangan tutup. Jadi, saya masih cuba untuk bertahan,” katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut, Zahiril berkata, hantaran mengenai hasrat menjual motosikal miliknya sebelum ini bukan semata-mata bertujuan untuk mendapatkan dana bagi meneruskan perniagaan.

Sebaliknya, jelas Zahiril, keputusan itu dibuat kerana dia kini terlalu sibuk dengan urusan penggambaran sehingga tidak mempunyai masa untuk menggunakan motosikal berkenaan.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi