suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Amir Jahari elak gangguan, pilih asing diri daripada dunia luar... Risau anak-anak terdedah media sosial terlalu awal

EMPAT bulan mengasingkan diri daripada dunia luar bukan bermaksud penyanyi Amir Jahari tidak mahu bergaul dengan orang lain.

Sebaliknya, Amir atau Mohamad Amirullah Jahari, 34, memilih untuk mengehadkan pergaulan kerana mahu mengambil sedikit ruang daripada kesibukan dunia serta mengelakkan dirinya terlalu leka dengan penggunaan gajet.

Menurut Amir, keputusan itu dibuat selepas menyedari tabiat terlalu kerap melihat media sosial tanpa tujuan boleh menyebabkan masanya terbuang begitu sahaja.

"Saya bukan semak dengan manusia, okey sahaja. Cuma saya kalau boleh nak buat pengasingan.

"Pengasingan itu sebab saya rasa dunia sekarang dengan gajet sekarang, skrol setiap masa tiada manfaat dan masa itu terbazir.

"Saya rasa benda begitu bahaya, lagi-lagi saya ada tiga orang anak yang sedang membesar," katanya kepada mStar.

Untuk rekod, Amir mendirikan rumah tangga dengan Kartini Sulaiman pada Oktober 2013.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nur Izzah Amaani, Aqil Salim dan Asmaa Aisyaah.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 

 

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi