suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Teruja pertama kali berlakon, Melinda Dadew dah anggap Aliff Aziz macam abang... Tahu batas kerja dan peribadi

PENYANYI Melinda Dadew berharap gandingannya bersama pelakon Aliff Aziz dalam teater muzikal Mansur dan Liu tidak dikaitkan dengan soal peribadi.

Menurut Melinda, 26, keserasian yang dibina bersama Aliff hanyalah atas tuntutan kerja dan tidak pernah terlintas  untuk menjalinkan sebarang hubungan istimewa.

“Saya okay saja dengan Aliff Aziz dan profesional bila soal kerja ni, jadi mengenai sejarah kisah lampau itu saya memang tidak ambil tahu kerana yang penting sekarang ini fokus terhadap kerja saja.

“Saya asingkan soal kerja dan peribadi, sepanjang saya kerja dengan Aliff, okay saja tiada masalah langsung sebab kami bina keserasian itu dipantau dengan Datuk M. Nasir dan datin.

“Saya anggap Aliff Aziz macam abang jadi itu timbul perasaan cinta lokasi itu mungkin tiada rasanya, lagipun saya tidak terfikir ke arah itu,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi