suria

Biarlah netizen kecam! Raffa Affar nyanyi lagu ‘Tiara’ ikut cara sendiri, sudah minta izin sebelum buat cover

PENYANYI dari Indonesia, Raffa Affar menerima kecaman hebat netizen dan dituduh merosakkan lagu Tiara nyanyian asal kumpulan dari Malaysia iaitu Kris.

Bukan sahaja netizen, malah isu ini turut menarik perhatian penyanyi legenda tanah air antaranya Datuk Hattan.

Menjawab beberapa persoalan yang dibangkitkan netizen itu, Raffa memberitahu dia sudah mendapatkan keizinan sebelum menyanyikan semula lagu berkenaan dan menyampaikannya mengikut cara sendiri.

Raffa turut mengulas mengenai persembahan nyanyian secara langsung dalam sebuah program hiburan yang dikatakan sumbang.

Kata penyanyi lagu Cinta Sampai Mati ini, nyanyiannya itu kurang sempurna kerana terlalu gementar.

"Aku ingin membuatkan lagu itu lebih berwarna. Sudah ada rock dalam lagu original. Jadi, aku mahu temponya sedikit perlahan. Aku juga suka sangat lagu Tiara ini.

"Bagi aku kalau semua orang menerima okay lah. Aku membawakan lagu ini dengan cara aku sendiri. Kalau yang tidak suka, tak mengapa.

"Kalau soal keizinan tentang lagu Tiara itu, alhamdulillah sudah ada. Kita cover lagu bukan sekadar cover. Padahal kita sudah minta izin," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi