suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak fasal-fasal orang lain terpalit sama! Achey nasihat pelawak fikir dulu sebelum naik pentas, kena ada pihak tapis ‘content’ komedi

PELAWAK Achey meluahkan rasa kurang senang dengan isu tular membabitkan pelawak wanita yang didakwa telah menghina Islam ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurut Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 36, walaupun persembahan tersebut ialah open mic, namun ia juga perlu ada tapisan terlebih dahulu sebelum dipersembahkan kepada penonton.

“Kalau boleh selepas ini untuk naik apa-apa pentas pun kalau melibatkan open mic sekalipun kena ada tapisan.

“Contohnya kena beritahu kau nak bawa cerita macam mana kau nak bawa fasal agama ke, cerita agama kau macam mana?

“Boleh nak buat cerita komedi fasal agama ni tapi mungkin ada pergulungan (rumusan) di hujung cerita,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Achey bersama Shiha Zikir dan Ali Puteh membentuk kumpulan Cili bagi bersaing dalam Muzikal Lawak Superstar musim ketiga yang akan bermula tidak lama lagi.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi