suria

Teguran dianggap permainan politik semata, Afdlin Shauki enggan hirau kritikan Shahrol Shiro

PENGARAH dan pelawak Datuk Afdlin Shauki mempunyai sebab tersendiri enggan memberi sebarang respon kepada kritikan yang dibuat Shahrol Shiro dan beberapa selebriti lain ekoran kenyataannya tidak menyokong penutupan Crackhouse Comedy Club baru-baru ini.

Afdlin sebaliknya menganggap kecaman diterimanya itu lebih kepada unsur politik dan ia perkara biasa berlaku dalam arena itu.

"Ini adalah spin yang dilakukan oleh orang-orang politik yang mahu mengecam saya atas sebab politik. Itu adalah salah satu percubaan menjatuhkan seseorang dan perkara ini sudah banyak terjadi.

"Shahrol adalah sahabat saya tapi tidak pasti sama ad dia ingat atau tidak yang saya ini masih lagi sahabatnya. Jika benar dia kawan saya, pasti dia akan hubungi dan bertanya mengenai perkara ini.

"Sebab itu saya tidak memberi sebarang maklum balas terhadap rakan-rakan yang berkata sesuatu pada saya kerana jika ada tidak puas hati boleh hubungi saya," katanya kepada mStar.

Terdahulu, Afdlin menerima pelbagai kecaman daripada netizen yang tidak berpuas hati dengan beberapa kenyataannya termasuk memberi analogi penutupan kolam renang dengan kes wanita didakwa menghina Islam ketika melakukan persembahan di kelab komedi itu.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Semua
Hiburan
Berita
Variasi