suria

Angkat ‘vibe’ Waheeda, Nuha Bahrin tak sangka ‘Casablanca’ raih 3 juta tontonan

PENYANYI Nuha Bahrin pernah yang pernah dikecam hebat di awal kemunculannya dalam sebuah program realiti tidak melihat situasi itu sebagai perkara boleh menjatuhkan dirinya.

Namun Nuha atau Nuha Sakina Saiful Baharin, 22, berkata, perkara berkenaan sebaliknya telah mematangkan dirinya untuk menjadi seorang penyanyi lebih baik.

"Saya banyak belajar daripada semua pengalaman lepas dan jika bukan sebab kecaman yang saya dapat dulu, mungkin saya tidak akan berada di mana saya berada sekarang.

"Jadi apa pun yang berlaku sebelum ini, saya lalui sahaja dan bersyukur sebab Allah tolong saya melalui proses itu dan ia perjalanan yang bermakna dan Alhamdulillah Allah tolong," katanya kepada mStar.

Segala kesabaran dan usahanya menghadapi situasi sukar itu juga berbaloi apabila single terbaharunya, Casablanca duet bersama Naufal Azrin berjaya mendapat perhatian peminat dan sudah mencecah tiga juta tontonan di YouTube.

Kata Nuha, dia terharu dengan sokongan peminat terhadap lagu tersebut dan berharap sokongan terhadap lagu itu berterusan.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Semua
Hiburan
Berita
Variasi