suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berbahasa Arab dalam 'Casablanca', Naufal Azrin rupanya hafaz al-Quran

PENYANYI Naufal Azrin menolak dakwaan mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan rakan duet lagu Casablanca iaitu Nuha Bahrin.

Sebaliknya kata Naufal, 23, dia menganggap Nuha sebagai adik-beradik dan hubungan mereka tidak lebih daripada itu

"Kami macam adik-beradik sahaja sebenarnya, tidak lebih daripada itu," katanya kepada mStar.

Sementara itu, Naufal mengakui terkejut dengan sambutan lagu Casablanca yang sudah mencecah tiga juta tontonan sejak ia dilancarkan pada 4 Jun lalu di YouTube.

Naufal berkata, pesanan ibunya yang sering berpesan agar sentiasa menjaga solat dilihat sebagai punca lagu itu mendapat kejayaan dan diminati pendengar.

"Emak saya selalu beri nasihat, buatlah apa pun tetapi mesti jaga solat.

"Saya pun tak tahulah mungkin asbab kita cuba untuk jaga mana yang patut, sebab itu Allah nak bagi kita rezeki dengan lagu Casablanca," katanya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi