suria

Selepas capai kutipan tertinggi, penerbit janji ada ‘Mat Kilau 2’... Papar lebih banyak fakta sejarah, mahu tiup semangat bangsa

TAHNIAH diucapkan kepada filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan kerana berjaya memintas Munafik 2 menjadi filem Malaysia meraih hasil kutipan tertinggi dalam sejarah perfileman negara.

Meskipun memegang takhta ‘box office’, Penerbit Studio Kembara iaitu Abdul Rahman Mat Dali berkata keghairahannya menghasilkan filem ini adalah kerana mahu menyampaikan mesej baik mengenai sejarah melalui hiburan.

Kata Abdul Rahman, matlamatnya itu mengatasi nilai RM8 juta yang dilaburkan sepanjang proses pembikinan filem ini.

“Sebenarnya keghairahan dan keterujaan saya dalam menyampaikan mesej jauh mengatasi wang itu sebenarnya.

“RM8 juta itu memang banyak tapi dari segi yang lain tak banyak sangat pun berbanding orang lain yang melabur lebih besar.

“Jadi perasaan mahu sampaikan mesej berhibur secara bermanfaat ini sangat kuat bagi saya. Sebab itu saya sanggup berbelanja sedemikian,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL BERSAMA PENERBIT YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi