suria

Kesakitan Ali Puteh... struggle pertahan maruah keluarga selepas Abam tiada

SELEPAS pemergian Allahyarham Abam Bocey, adik kepada arwah iaitu Ali Puteh mengambil alih peranan sebagai ketua keluarga.

Dia sedar tanggungjawab yang dipulnya cukup berat tambahan dengan keadaan ibunya yang kurang sihat.

“Bila arwah abang dah meninggal, tanggungjawab jatuh sepenuhnya kepada saya dan adik-beradik.

“Kehidupan sekarang berubah 360 darjah... semua beban terletak pada saya, saya kena kuat.

“Namun saya tak anggap ni bebanan yang besar, sebab tu saya perlu kuat demi ibu, ” katanya kepada mStar.

Menerusi segmen Ceritera mStar, Ali atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan turut berkongsi keperitan yang perlu dilaluinya dalam mempertahankan maruah keluarga.

“Saya dah down, sebab apabila abang meninggal... kemudian muncul isu macam ni. Saya kena maki, kena kecam.

“Tapi saya terima benda ni dengan positif, saya tak mahu benda ni mengganggu emosi dan kerja saya, ” ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi