suria

Dituduh akidah terpesong, apa dah jadi dengan Wanns Ahmad? Ini penjelasannya

PELAKON dan penyanyi, Wanns Ahmad yang menimbulkan tanda tanya ramai apabila kerap memuat naik paparan gelap di laman Instagramnya dengan kapsyen-kapsyen yang menimbulkan keresahan segelintir pihak.

Wanns, 29, dalam temu bual eksklusif bersama mStar menjelaskan perkara yang dilakukan itu hanya untuk memberi kesedaran kepada netizen dalam memberi sebarang komen dan menilai seseorang menerusi apa yang ditunjukkan di media sosial semata-mata.

“Kalau tak tahu apa-apa lebih baik diam sahaja, memang netizen ada hak untuk bersuara namun mereka tidak boleh terus menjatuhkan hukum kepada saya.

“Saya hanya mahu memberi kesedaran yang our last king bakal tiba, namun belum masanya lagi untuk saya ceritakan identiti sebenarnya,” kata Wanns kepada mStar.

#ceritera, wanns ahmad


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi