suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Saya pun ada aktiviti sosial, keluar dengan perempuan adalah hal biasa” - Sufian Suhaimi

PENYANYI Sufian Suhaimi mengambil pendirian untuk mengabaikan segala kontroversi membabitkan kisah peribadi khususnya berhubung beberapa gambar mesra lelaki yang didakwa miripnya bersama seorang gadis.

Menurut Sufian sebagai selebriti, dia juga mempunyai keinginan untuk melakukan sebarang aktiviti yang bersifat peribadi seperti individu lain.

"Kalau nak perjelaskan setiap perkara, apa yang berlaku pada ketika itu... ia akan mengambil masa yang panjang.

"Apa yang saya lakukan, sama seperti yang dilakukan orang lain. Sebagai manusia biasa saya ada aktiviti seni, aktiviti sosial dan tak ada yang terlalu peribadi," katanya kepada mStar Online.

Sejak terbabit dengan industri muzik, Sufian sering terpalit dengan kontroversi membabitkan gambar 'panas' termasuk yang terbaharu menerusi foto seakan dirinya sedang tidur bersama seorang wanita.

Gambar itu muncul ketika Sufian meraikan kejayaan memenangi kategori persembahan terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL-33) awal bulan ini.

Selain itu penyanyi lagu Di Matamu itu berkata, dia sedar sering menjadi mangsa segelintir pihak yang obses dengan kehidupan peribadinya.

“Saya seorang individu yang amat mementingkan privasi. Tapi ada orang di luar sana yang terlalu mencari-cari apakah aktiviti saya selain berada di atas pentas.

“Lebih daripada itu mereka gemar kongsikan dengan orang-orang lain juga," katanya.

#ceritera, sufian suhaimi, azmeer


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi