"Niat kami bukan nak attack you" - Drama Band komen muzik video didakwa sindir artis - Video | mStar

VOKALIS Drama Band, Aepul Roza menolak dakwaan orang ramai kononnya muzik video lagu baharu mereka berjudul Drama bertujuan untuk menyindir rakan selebriti yang terlibat kontroversi.

Malah Aepul juga menegaskan bahawa mereka tidak menggunakan kisah atau kontroversi yang membabitkan beberapa artis sebagai modal untuk mempromosikan lagu berkenaan.

“Kami hanya menyediakan muzik video terbabit tanpa menyatakan ia mewakili mana-mana individu, kesimpulan watak siapa yang ditonjolkan dibuat sendiri oleh netizen.

“Kami tidak memburukkan mana-mana pihak dalam klip video tersebut malah ada mesej yang semua orang terlepas pandang selepas terganggu dengan kontroversi watak-watak yang ditonjolkan,” kata Aepul kepada mStar Online.

Isu video tersebut semakin panas selepas beberapa selebriti yang kurang senang dengan jalan cerita video terbabit mula bertindak menyelar kumpulan yang terkenal dengan lagu Biarkanlah itu.

Isu semakin meruncing apabila ada selebriti yang mendedahkan mengalami tekanan perasaan akibat isu terbabit.

“Sebab itulah kami tidak memanjangkan isu ini dengan individu terbabit, kami tidak mempunyai niat untuk 'menyerangnya' secara peribadi. 

“Apa pun cara dia menerima jalan cerita video ini adalah diluar kawalan kami,” tambah Aepul.

#ceritera , drama band
Semua
Hiburan
Berita
Variasi