Aiman Tino takut, tak yakin menyanyi 'live' - Video | mStar

Aiman Tino takut, tak yakin menyanyi 'live'

PENYANYI Aiman Tino mengakui merasa ralat kerana gagal menyerlah sepanjang tahun 2018 akibat masalah kesihatan yang dihadapinya.

Kata Aiman, susulan itu juga dia hilang keyakinan diri untuk menyanyi secara langsung termasuk bagi mempromosikan single terbarunya berjudul Terlerai Sebuah Janji.

“Bukan salah orang lain, semuanya salah saya sendiri. Saya akui saya kurang muncul di hadapan peminat sepanjang tahun lalu kerana masalah kesihatan yang menyebabkan suara saya hilang.

“Sejujurnya saya hilang keyakinan diri selepas single Ku Sesat Dalam Rindu dilancarkan awal tahun lalu. Saya malu kerana tidak mampu menyanyi dengan baik lalu mengambil keputusan untuk senyap seketika malah langsung tidak aktif di media sosial ketika itu,” kata Aiman kepada mStar Online.

Keadaan Aiman semasa dimasukkan ke hospital November lalu

Penyanyi yang mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Records atas kejayaan lagu Kurela Dibenci kerana mendapat tontonan tertinggi di Youtube ini beberapa kali ditahan di hospital sepanjang tahun lalu akibat mengalami tongsil bengkak.

Dalam pada itu, Aiman berkata dia sedang berusaha untuk mendapatkan kembali sokongan peminat.

Aiman mahu 'rampas' semula perhatian peminat

“Memang rasa rugi selepas apa yang saya usahakan selama beberapa tahun sebelum ini seakan lebur begitu sahaja, namun ia sudah menjadi adat dalam industri hiburan.

“Saya juga sedang cuba untuk menarik semula perhatian peminat. Namun pastinya bukan dengan menghasilkan gimik murahan kerana saya amat risau ia akan memakan diri kelak,” tambah Aiman.

aiman tino
Semua
Hiburan
Berita
Variasi